berita

Tengah Survey Tempat Sambung Belajar? Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 Ada Jawapannya

March 13th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Pelajar lepasan STPM mesti sekarang tengah busy cari tempat sambung belajar yang sesuai kan? Nak peroleh ijazah, bukan mudah! Silap pilih karang menyesal. Sebenarnya ada cara paling senang untuk cari tempat sambung belajar yang kena dengan minat korang.

Haa, jawapannya pergi je education fair. Kat sini korang boleh dapat info yang korang nak secara langsung. Nak tanya apa-apa pun boleh tanya direct je. Kan senang. Kalau nak tahu, ada education fair bakal diadakan dalam bulan ni. Best! Bila tu?

Hadirkan diri ke Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 di Mid Valley

Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 akan diadakan pada Minggu 1, 17 dan 18 Mac 2018 (Sabtu dan Ahad) dan Minggu 2, 24 dan 25 Mac 2018 (Sabtu dan Ahad) di Pusat Pameran Mid Valley, KL (Dewan 1, 2 dan 3, Atrium & Foyer) dari jam 11 pagi hingga 7 malam. Masuk percuma je. Yay!

Bukan pelajar lepasan STPM je. Lepasan SPM, UEC, ibu bapa, guru, pelajar universiti, golongan bekerja, ahli industri dan orang awam yang nak sambung belajar pun boleh datang. Kalau nak tanya pasal kolej dan universiti terbaik, bidang, biasiswa dan peluang kerjaya pun boleh.

Pelbagai pilihan untuk sambung belajar, luar negara pun ada

Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 ada sediakan pilihan pengajian lanjutan di Malaysia dan luar negara. Pelbagai bidang! Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD, dan lain-lain. Pendidikan Latihan Kemahiran pun ada. Bidang automotif, bakeri, muzik, dan lain-lain. Senang cerita, semua yang korang nak mesti ada punya.

Ada soalan? Boleh dapat khidmat nasihat sekali

Korang boleh dapatkan nasihat terbaik daripada ahli pendidikan dan kaunselor tentang jenis kursus dan bidang akademik di Malaysia serta di luar negara. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Hai Qing Programmes turut sertai Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 untuk beri khidmat nasihat tentang Biasiswa dan Program Subsidi Bayaran. Bagusnya!

Ada khidmat nasihat pilihan kerjaya dan pengajian oleh Enrich Counselling & Therapy Centre semasa Ekspo Pendidikan Tinggi 2018. Paling best, PERCUMA je! Mereka turut tawarkan Career Guidance Test (Kudos) pada harga diskaun. Seeloknya korang cepat grab peluang yang ada sebab ni pun berguna untuk masa depan korang. Weee…

Majalah diberi secara percuma

Benda ni korang patut dapatkan semasa Ekspo Pendidikan Tinggi 2018. Antara majalah yang diberi adalah Majalah “COURSESAMALYSIA”, tajaan GTI Media Sdn Bhd, Majalah “2018 FSI Complete Guide of Further Study”, tajaan Further Study Intelligence – FSI Center Sdn Bhd dan Majalah “Skill Training”, tajaan V Education Services.

Tapi semua majalah terhad kepada 500 naskhah setiap hari. Tertakluk kepada terma dan syarat. So, siapa cepat dia dapat! Rugi kalau tak datang awal untuk ambil sebab semua ni berguna untuk rujukan korang kalau dah sambung belajar nanti. Tak gitu?

Ceramah kerjaya pun ada, tempat duduk terhad!

Ingat career fair je ada ceramah kerjaya, rupanya Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 turut ada. Dapat info secara langsung daripada pemimpin dan pakar industri yang berpengalaman tau. Untuk makluman, tempat duduk untuk ceramah ni terhad. Datang awal kalau tak nak terlepas!

Join Scholarship & Plinko Contest, hadiah menarik menanti

Nak hadiah tak? Kalau korang berumur 17 hingga 22 tahun, apa kata korang join Scholarship & Plinko Contest yang ditajakan oleh Brickfields Asia College. Setiap pengunjung berhak dapat 100% Biasiswa dengan cabutan bertuah. Wow! Manalah tahu korang antara orang yang bertuah tu kan. Hihi.

Selain itu, korang berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Asus Notebook, barangan T3 Pimple Solution dan Baby Foot, Baucar Makanan Fish & Co dan Sakae Sushi, Baucar kasut Flexx, Baucar barangan komputer Thunder Match dan banyak lagi. Tertakluk kepada terma dan syarat. Syoknya!

Nak join contest? Klik sini untuk submit info. Take note yang Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 dibuat pada Minggu 1, 17 dan 18 Mac 2018 (Sabtu dan Ahad) dan Minggu 2, 24 dan 25 Mac 2018 (Sabtu dan Ahad) di Pusat Pameran Mid Valley, KL (Dewan 1, 2 dan 3, Atrium & Foyer) dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

Jom luangkan masa beberapa minit dan tengok video menarik tentang Ekspo Pendidikan Tinggi 2018. Mesti korang tak sabar nak pergi kan? Untuk info lebih lanjut, sila hubungi 03-61561500 atau layari laman web All Fairs – Sureworks. Jangan lupa ajak kawan-kawan yang nak sambung belajar tu sekali. Daftar kat sini dan join contest sekali. Jumpa korang kat sana!

https://www.facebook.com/efsf.sureworks/videos/1720334544686086/

SKIP THIS AD ×