berita

Tengah Syok Makan Burger Sekali Tergigit ‘Objek’ Keras, Rupanya Jari Pekerja Pusat Sembelih Daging!

September 17th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Bagaikan mimpi ngeri, seorang wanita terkejut apabila terjumpa jari manusia di dalam burger di sebuah restoran di Santa Cruz de la Sierra, Bolivia.

Terjumpa jari dalam burger

Wanita yang dikenali sebagai Estefany Benitez itu berkata, dia merasa sesuatu yang pelik di dalam mulutnya ketika menikmati burger kegemarannya.

Namun, apabila dia mengeluarkan ‘objek’ tersebut dari mulutnya, dia terkejut melihat ianya seakan jari manusia. Kemudian, dia bertindak memuat naik satu video di media sosial dimana dia berhadapan dengan pekerja di restoran tersebut untuk mengetahui bagaimana insiden seperti itu boleh terjadi.

Walau bagaimanapun, pekerja berkenaan seakan tidak peduli akan insiden terbabit dan mengatakan bahawa perkara seperti itu tidak pernah terjadi kepada mereka sebelum ini.

Rupanya jari itu milik pekerja rumah penyembelihan

Menurut Timbalan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Jorge Silva, jari yang ditemukan itu adalah milik salah seorang pekerja di rumah penyembelihan. Pekerja terbabit dipercayai kehilangan dua jari dalam satu kemalangan ketika dia mengendalikan mesin pemotong daging pada Jumaat lalu.

Ujarnya lagi, pekerja yang tercedera itu kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan dan jari yang terputus berkenaan dipercayai dibuang selepas kejadian.

Kami akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dan jika didapati bersalah boleh hukum penjara sehingga 1o tahun.

Difahamkan, ini bukan pertama kali insiden seperti itu terjadi dan pada setakat ini hampir tiga kejadian lain berlaku membabitkan insiden yang sama.

Dalam pada itu, Kementerian Sumber Manusia turut mengarahkan semua operasi di rumah sembelihan tersebut dihentikan sehingga mereka dapat membuktikan pekerja mereka terlatih untuk mengendalikan mesin.

Sumber : Express, Metro.uk

SKIP THIS AD ×