Semalam, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan selepas didakwa menghina Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tolong jangan buat drama
Menurut Tengku Hassanal, tahap kesihatannya tidak berapa baik pada hari tersebut. Oleh sebab itu, dia lewat menghadiri majlis menanam pokok yang dianjurkan. Baginda kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Noor Jehan atas kelewatannya hadir ke Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan, iaitu acara penanaman pokok di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu.
Tengku Hassanal Ibrahim memuat naik hantaran di Instagram story memaklumkan bahawa baginda sudah meminta pihak polis untuk menghentikan siasatan ke atas aktivis berkenaan.
Hargai permohonan maaf Tengku Hassanal
Dalam pada itu, Noor Jehan menerusi akaun Twitternya, memuat naik satu ciapan menyatakan bahawa dia menghargai permohonan maaf dibuat Tengku Hassanal berhubung perkara itu. Terdahulu Noor Jehan meluahkan rasa kecewa selepas perlu menunggu lebih dua jam sebelum program itu bermula.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Tengku Hassanal yang membuat permohonan maaf atas kesilapan dari pihaknya.
Sumber: Tengku Hassanal