berita

Tengku Puteri Jihan Sangkal Dakwaan Tak Pakai Mask Di Tempat Awam

August 25th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Didakwa tidak memakai pelitup muka di tempat awam, anak bongsu Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Puteri Jihan Azizan ‘Athiyatullah bagaimanapun menyangkal dakwaan netizen tersebut.

Pengguna Twitter itu mendakwa kesemua anakanda baginda tidak mematuhi SOP ketika berada di tempat awam.

Dakwaan tidak pakai mask

Hari tu anak-anak Agong datang Pusat Sains Negara tak pakai mask dan not even one staff tegur. One of them je yang pakai, the other siblings datang dengan beg LV dia orang stroll PSN camtu je tak pakai mask hahahaha.

Selain mendakwa tidak memakai topeng pelitup muka, pengguna Twitter itu juga memaklumkan tiada sesiapa yang berani menegur mereka. Bagaimanapun, akaun Twitter milik pengguna itu telah ditutup dan tidak wujud lagi setelah Tengku Jihan memberikan penjelasan. Tengku Puteri Jihan turut menyangkal dakwaan memakai beg jenama LV ketika berada di PSN itu.

Minta maaf tapi kami semua pakai mask haritu.

‘I dengan dia orang’

Sementara itu, seorang pengguna Twitter yang lain difahamkan berada di tempat kejadian memuat naik foto bersama Tengku Puteri Jihan dan dua adik beradiknya iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah yang memakai topeng pelitup muka.

Sumber: Twitter Jihan Abdullah, Astro Gempak

SKIP THIS AD ×