berita

‘Tengok Ayda Tau Dah’ – Ayda Jebat Diganggu Lelaki Gila Seks, Tunang ‘Tag’ SKMM

September 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir individu tidak bertanggungjawab membuat gangguan seksual terhadapnya.

Ayda atau nama sebenatnya Nur Suhada Jebat, turut berkongsi beberapa bukti mesej lucah yang diterima olehnya dari individu yang tidak dikenali di Instagram.

Sedap kalau macam ni

Menurut Ayda, gangguan seksual ini bukan pertama kali dialami olehnya sejak begelar anak seni. Bahkan, individu tersebut sering menghantar ayat lucah dan foto kemaluan mereka menerusi direct message (DM) di media sosial.

Tambah Ayda lagi, dia sudah menyekat beberapa akaun biadap sebelum ini, namun perkara yang sama masih berulang. Jelasnya lagi, dia tidak teragak untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

Let’s work together SKMM

Perkongsian Ayda ternyata meraih perhatian netizen termasuk tunangnya iaitu Nabil Mahir. Sebagai tunang, Nabil telah repost semula posting yang dimuat naik Ayda dan mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

Tambah Nabil, perbuatan sedemikian dianggap sebagai buli siber. Terdahulu, Nabil pernah memberi amaran kepada lelaki yang sering menghantar gambar tidak senonoh mereka kepada Ayda.

Sumber: Ayda Jebat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×