berita

‘Tengok Lampu, Frontliners Boleh Kenyang Ke?’ – Netizen Kecam Inisiatif ‘Lampu Biru’ KKM

November 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seperti umum mengetahui, Hari Diabetes Sedunia ialah kempen kesedaran sejagat bagi penyakit kencing manis (diabetes mellitus) dan disambut pada 14 November setiap tahun. Hari Diabetes Sedunia pada tahun ini mengangkat tema “Diabetes: Jururawat Nadi Perubahan.

Selain itu, sebagai tanda sokongan kepada para petugas kesihatan, pihak KKM telah mengambil pendekatan untuk menyalakan lampu berwarna biru di kawasan Putrajaya. Tetapi inisiatif tersebut telah menerima pelbagai respon daripada netizen.

LightUpBlue@Putrajaya

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa akan menyalakan cahaya berwarna biru di bangunan-bangunan dan persekitaran Putrajaya bermula 12 November hingga 15 November 2020.

Inisiatif ini dilakukan oleh KKM adalah sempena Hari Diabetes Sedunia. Selain sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada jururawat dan para petugas barisan hadapan atas segala perkhidmatan penjagaan Diabetes dan penyakit kronik di Malaysia.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila pendekatan yang dilakukan oleh KKM telah mendapat kritikan daripada kebanyakan rakyat Malaysia.

‘Baik naikkan gaji depa’

Menjengah ke ruangan komen, mereka beranggapan bahawa inisiatif ini merupakan satu pembaziran. Malah ada juga yang menyindir KKM bahawa dengan menyalakan lampu berwarna biru ini mampu meringankan beban dan ‘mengenyangkan’ frontliners.

‘Untung yang jual lampu biru’

Tidak kurang juga, ada dalam kalangan mereka mengutarakan pendapat bahawa alangkah baiknya sekiranya pihak KKM menaikkan gaji atau memberi elaun kepada para petugas kesihatan sebagai tanda penghargaan dan bukan dengan menyalakan lampu yang langsung tidak mendatangkan faedah.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×