Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, sentiasa terbuka dalam memberikan sokongan secara langsung kepada golongan usahawan yang baru memulakan langkah dalam dunia perniagaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Bakal Lancar Drama Pendek, Angkat Kisah Arwah Bapa – ‘Hebatnya Saya Kerana Doa Orang Tua’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Datuk Puji Maksudnya Dia Tengah Tipu’ – Izara Aishah Buat Aliff Syukri Gelak Terduduk

‘Kalau kita tak sokong orang Melayu, siapa lagi?’

Ketika ditemu OhBulan!, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan rasa bangga melihat kesungguhan anak tempatan yang berusaha membina nama dalam dunia keusahawanan.

Kenapa saya nak berkira untuk beri sokongan kepada usahawan baharu? Saya berbangga.

Dalam kegawatan ekonomi dunia, ekonomi Malaysia makin bagus, ada usahawan Melayu yang maju dalam perniagaan.

Kalau kita tak sokong orang Melayu kita, siapa lagi?

Kita nampak apa yang sudah mega, kedai besar, kedai mewah tapi di sebaliknya, bukan senang nak membangunkan perniagaan.

Jadi, saya dah lama meniaga, tengok usahawan muda berjaya, saya sama-sama tumpang bangga.

Aliff berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Juz Coffee di Seksyen 13 Shah Alam, pada Sabtu lalu.

Harga mampu milik

Berkongsi lebih lanjut, Kedai kopi Juz Coffee ini merupakan hasil usaha usahawan muda, Mohd Irfan Raziq Zakariya, bersama penyanyi Asfan Shah.

Tambah Aliff, untuk mencari rasa kopi yang enak dengan harga mampu milik bukanlah sesuatu yang mudah.

Saya datang dan beri sokongan.

Selalunya, jenama kedai kopi yang terkenal dimiliki oleh usahawan luar negara.

Bila saya dapat tahu ada jenama kedai kopi milik orang kita, harga juga murah dan rasanya sedap, jadi saya sokong.

Saya memang menyokong semua perniagaan tempatan, khususnya orang Melayu yang mahu melangkah maju ke hadapan.

Lagipun, harga yang mereka tawarkan juga berpatutan.