berita

‘Tentera Bawang’ Serang Instagram Jack Carlin, Rakyat Malaysia Kecewa Sebab Malukan Nama Negara

August 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Instagram @jackcarlin97, @shahfirdaus95

Memalukan! Itu yang boleh diungkapkan selepas ada segelintir rakyat Malaysia yang pendek akal bertindak menyerang media sosial pelumba Great Britain, Jack Carlin.

Tentera bawang serang Instagram

Kemalangan yang berlaku kepada pelumba muda negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom ketika saingan awal acara kirin lelaki semalam di Tokyo 2020 menjadi bualan hangat.

Dalam perlumbaan di ‘heat’ kedua, pelumba kebangsaan itu terjatuh sehingga menyebabkan kecederaan bahu.

Jack Carlin menjadi mangsa ‘tentera bawang’ Malaysia apabila didakwa menjadi punca kecelakaan itu berlaku.

Kenapa tolak Shah, jahat betul, harap kau tak menang.

Kamu tiada semangat kesukanan dan tidak patut menyertai acara berbasikal kerana jelas kamu mengayuh untuk melanggar Shah.

Sangat memalukan, tiada semangat kesukanan, main kotor dan ini bukannya cara untuk memenangi pingat di Olimpik.

Selepas dipenuhi ribuan kata-kata kesat, Jack Carlin memilih untuk menutup ruangan komennya.

Jangan siber buli

Bagaimanapun, rata-rata pengguna Twitter meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan kelakuan rakyat Malaysia yang telah melakukan siber buli kepada Jack Carlin.

Ada yang menyifatkan ia tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh memalukan nama negara justeru memohon agar individu terbabit memadam komen yang ditulis itu.

Susulan isu tersebut, nama Jack Carlin telah menjadi trending di laman Twitter.

Walaupun tercedera, Muhammad Shah Firdaus berjaya ke peringkat suku akhir hari ini bersama seorang lagi pelumba negara Datuk Azizul Hasni Awang di saingan individu kirin Olimpik Tokyo 2020.

 

Sumber: Twitter @fadhilzonis, @FionaRosse & @nafisamik

 

SKIP THIS AD ×