berita

Tepis Tentangan Keluarga, Baca Kisah Wanita Ini Yang Nekad Mahu Jadi Pemandu Treler

May 21st, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Biasanya kita lihat treler panjang bertayar 20 dipandu lelaki kan? Namun, lain pula situasi apabila team OHBULAN! ke depoh Permatang Pauh, Pulau Pinang saat bertemu Rokiah Salim yang merupakan salah seorang daripada 12 pemandu treler wanita di sana, baru-baru ini.

Bangga dengan pekerjaan sekarang ini, Rokiah, 53, atau lebih dikenali sebagai ‘Akak Lori’ mengakui tidak sukar memandu treler panjang. Sebaliknya, lebih kurang sama seperti memandu kereta, namun memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi.

Kami menghabiskan masa satu hari bersama beliau bagi mengetahui apa sebenarnya rutin harian seorang pemandu treler wanita dan apa antara cabaran yang perlu ditempuh. Selain tu, sempat juga kami korek rahsia dan apa yang memotivasikan beliau sehingga ke tahap ini.

Nak tau? Teruskan membaca!

Niat nak bantu keluarga

Mula menjadi pemandu treler pada tahun 2014 selepas setahun berhenti daripada bekerja di kilang selama 18 tahun, Rokiah berkata kerjanya tidak sukar sama sekali, cuma bawa kontena ulang-alik. Katanya, memadailah baginya untuk menyara anak-anak.

“Setiap hari akak akan ambil kontena kosong yang turun dari kapal untuk hantar ke depoh. Kat situ, pihak depoh akan buat survey, repair dan gredkan kontena. Biasanya akak akan ambil job dari depoh ke depoh, depoh ke port dan port ke depoh”

Rokiah berkongsi, pendapatan keluarga ketika itu tidak mencukupi. Lantas, beliau berazam mahu membantu bagi mencari pendapatan lebih buat keluarga dan mengambil keputusan untuk memandu treler selepas disarankan rakan-rakan terdekat.

“Sebab nak tolong keluarga, jadi akak kena fikir kerja apa yang boleh bagi akak gaji lebih tinggi. Kawan-kawan bikers akak bagi cadangan ada satu kerja ni susah tapi lumayan iaitu pemandu treler. Diorang semua bagi galakan dan sokongan, kecuali adik-beradik akak…”

Tepis tentangan keluarga

Saat berkongsi keluarganya menentang sekeras-kerasnya keputusan beliau mahu memandu treler, kelihatan kelopak mata Rokiah mulai basah dan suaranya sedikit sebak. Katanya, biarpun mereka tidak gemar dengan keputusannya, mereka terpaksa akur.

“Masa tu, abang ipar tentang. Dia kata nanti family susah hati bab keselamatan dan semua tu. Tapi akak fikir nak sara hidup keluarga masa tu, anak pulak dua-dua kat universiti. Kena usaha jugaklah”

Kongsi Rokiah lagi, bila difikirkan semula saat beliau mengambil keputusan ini, tidak menyangka kerja sebagai pemandu treler tidak sesukar mana. Justeru, beliau mahu mengajak lebih ramai wanita mencuba kerja ini.

“Kerja ni siapa-siapa pun boleh buat, bukan hak lelaki. Dulu yelah orang kata kerja ni susah, berat. Bila akak cuba buat, tak susah pun. Kerja ni senang je. Rebut peluang sementara masih ada, dik. Fight utk life dlm keadaan ekonomi sekarang ni”

Pernah rasa takut, susah hati mula-mula kerja

Biarpun sebak, perbualan kami tidak terhenti dan Rokiah rancak berbicara pengalaman dan cabarannya ketika pertama kali memulakan tugas sebagai pemandu treler. Siapa sangka, sekental hati wanita, ada juga ruang takut dan bimbang pada dirinya.

“Mula-mula kerja, tak tipu akak pernah nangis dan memang rasa susah hati bila stuck kat jalan, tayar pecah ke lori rosak ke. Rasa takut, tak ada tenaga nak buat kerja. Tapi kawan-kawan ada, diorang selalu tolong”

Betullah kata orang, bila tugas yang digalas sudah sebati, segalanya tidak terasa kerana rakan-rakan hanya one call awayCall saja, 10-15 minit dah sampai. Jika rakan-rakan tidak menjawab panggilannya, beliau akan menghubungi ketua di tempat kerjanya terus.

Pernah minta kerja di 20 syarikat

Kata Rokiah, beliau sangat bersyukur dikurniakan bos yang begitu baik dan percaya dengan kebolehan dan mengutamakan keselamatan wanita. Bukan saja open-minded di usia muda, bosnya juga lebih mempercayainya, justeru itu dia diterima kerja.

“Sebelum akak kerja kat sini, akak dah pernah minta kerja dekat 20 syarikat dik, semua reject sampai ada satu masa akak putus harapan. Tapi bila akak datang depoh tempat akak kerja ni, bos tanya-tanya sikit, tengok lesen, esoknya terus training”

Atur jadual supaya ada masa dengan keluarga, rakan-rakan

Bila dah berada dalam bidang ni, tak sahlah kalau tak ada cabaran yang boleh membuatkan beliau tertekan. Rokiah berkata, biasanya dia kena buli dengan beratus pemandu lelaki lain, itu perkara biasa. Tapi, dia banyakkan bersabar dan fokus dengan tujuan hidup.

“Kalau jadi macam ni, akak akan spend time dengan family dan kawan-kawan. Akak akan atur jadual 1-15 haribulan pulun trip, 7-8 trip sehari. Lepas tu cuti seminggu untuk spend time dengan anak dan kawan-kawan. Masa tu banyaklah kawan-kawan ajak shopping, makan, daki gunung dan sebagainya”

Rasa bangga dan dihormati

Selama hampir 4 tahun memandu treler, Rokiah berkongsi perkara paling tidak dapat dilupakan adalah apabila berselisih dengan kereta lain atas jalan. Bukan itu saja, ada juga kereta berhenti bila treler yang dipandu rosak di pertengahan jalan.

“Bila atas jalan, selalu akak nampak diorang angkat tangan tanda hormat. Masa tu akak rasa dihargai, bangga pun ada sebab buat kerja yang dikategorikan sebagai ‘kerja yang agak susah dan berat’. Pernah juga ada beberapa kereta berhenti bila treler akak rosak. Diorang tolong call untuk minta bantuan bila tayar pecah, lori rosak dan sebagainya. Memang akak salute dengan keprihatinan rakyat Malaysia”

Lumba untuk dapatkan sesuatu

Ditanya apa definisi #WaniTough yang bermaksud wanita cekal, tabah dan mampu membuktikan keupayaan dengan menggalas tanggungjawab yang berat bagi dirinya, Rokiah berkata dulu ramai orang cakap wanita lemah, tapi kini segalanya telah berubah.

“Orang kata dulu perempuan ni buat kerja ringan-ringan je. Sekarang zaman dah lain dan makin adil. Sebagai wanita, kita kena berlumba untuk dapatkan sesuatu. Asalkan kita sentiasa mencuba dan bersungguh-sungguh. Tanamkan semangat dan disiplin dalam diri”

Raikan semangat #WaniTough melalui peraduan anjuran NESCAFÉ®

Bagi meraikan ibu-ibu di luar sana yang membuktikan kekuatan dan kebolehan mereka seiring orang lelaki, NESCAFÉ® Rose Latte mengadakan peraduan istimewa sempena Hari Ibu bagi menghargai pengorbanan #WaniTough yang menjadi inspirasi wanita di seluruh dunia.

Peraduan yang diadakan dari XX hingga XX [insert contest date] ini menjanjikan hadiah lumayan yang diidamkan semua orang di luar sana! Nak tau macam mana cara nak menang? Ikut langkah ni…

  1. Follow Instagram, Facebook dan Twitter OHBULAN!.
  2. Upload gambar korang bersama ibu dalam akaun Facebook, Twitter atau Instagram korang atau komen dekat POST INI cerita menarik yang boleh menginspirasikan wanita seluruh dunia tentang ibu korang bermula dengan “Saya calonkan ibu saya sebagai #Wanitough kerana…”
  3. Sertakan hashtag #WaniToughOhbulan & #NescafeRoseLatte. Jangan lupa tag OHBULAN! dekat gambar tu dan tag 2 kawan korang sekali.
  4. Pertandingan ni dibuka untuk perempuan dan juga lelaki, yang penting korang kena share kisah ibu korang dengan cara yang paling menarik dan kreatif!

Sedikit tips untuk korang menang besar, ambil gambar terbaru dengan ibu korang bersama air tin NESCAFÉ® Rose Latte. Lepastu, spam ruangan komen OHBULAN! dengan gambar korang banyak-banyak!

Tunggu apa lagi, jom share cerita-cerita #WaniTough yang menarik tentang ibu korang dekat ruangan komen posting OHBULAN! kat bawah ni atau dalam caption post korang dan jangan lupa hashtag #WaniToughOhbulan dan #NescafeRoseLatte tau!

https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/photos/a.325195784160502/2695269220486468

Good luck #WaniTough semua!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×