berita

Teraju Utama Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia Akibat Kanser Kolon Tahap 4

August 29th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Peminat rangkaian filem Marvel dikejutkan dengan pengumuman kematian peneraju utama filem Black Panther iaitu Chadwick Boseman hari ini. Pengumuman dibuat menerusi laman rasmi Twitternya.

Kanser kolon tahap 4

Menurut keluarganya, pelakon Amerika Syarikat itu telah meninggal dunia akibat kanser kolon. Berusia 43 tahun, Boseman telah didiagnos menghidap kanser kolon tahap tiga ketika tahun 2016 dan telah bertarung selama 4 tahun dalam hidupnya ketika melangkah ke tahap empat.

Dia yang sangat dikenali dengan watak King T’Challa melalui filem pecah panggung tersebut tidak pernah bercakap secara terbuka berkenaan penyakitnya malah terus memberikan yang terbaik dalam kariernya dalam menghasilkan filem-filem yang disukai ramai.

Watak akan terus diingati

From Marshall to Da 5 Bloods, August Wilson’s Ma Rainey’s Black Bottom and several more – all were filmed during and between countless surgeries and chemotherapy. It was the honor of his career to bring King T’Challa to life in Black Panther.

Boseman pertama kali dikenali dengan membawa watak tokoh-tokoh terkenal seperti pemain bola keranjang Jackie Robinson pada tahun 2013 kemudian sebagai pemuzik James Brown pada tahun 2014 melalui filem Get On Up.

Walaubagaimanapun, dia akan terus diingati sebagai Black Panther melalui filem tersebut yang menjadi filem blockbuster pada tahun 2018. Wataknya itu sudah semestinya akan terus diingati penggemar filem dunia.

Sumber : BBC

SKIP THIS AD ×