berita

Terangsang Lihat Posisi Tidur Anak, Bapa Rogol Anak Berusia 8 Tahun Hingga Meninggal Dunia

March 22nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan yang paling sesuai menggambarkan sikap seorang bapa ini yang tergamak merogol anak kandungnya yang baru berusia lapan tahun hingga mangsa meninggal dunia.

Rogol anak hingga maut

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Regional Kompas, suspek yang berasal dari Indonesia itu mengaku telah melepaskan nafsu serakah terhadap anak perempuannya disebabkan terpengaruh dengan video lucah yang ditontonnya.

Tidak terhenti di situ, suspek yang berusia 41 tahun mengaku telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali iaitu antara seminggu hingga dua minggu yang lalu. Difahamkan, suspek dan isterinya telah berpisah dan membawa haluan masing-masing. Sejak daripada itu, bekas isterinya sering menghantar dua orang anak mereka iaitu mangsa dan anak lelaki berusia 10 tahun berkunjung ke rumah sewa suspek.

Terangsang posisi tidur mangsa

Sekadar gambar hiasan

Pada hari kejadian, abang mangsa telah pulang terlebih dahulu manakala mangsa bermalam di rumah sewa bapanya. Menurut jurucakap polis, AKBP Donny Sardo Lumbantoruan, ketika suspek memberi keterangan, dia mengaku terangsang saat melihat posisi tidur anak perempuannya.

Dia dan korban sedang menonton televisyen bersama di rumah, posisi tidur dan berlaku keinginan melakukan hubungan seksual.

Meskipun mangsa sudah menolak namun suspek tetap memaksa mangsa melakukan hubungan seksual dan akibat daripada kekerasan tersebut, mangsa mengalami kekejangan. Mangsa kemudian sempat dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya mangsa tidak dapat diselamatkan.

Susulan daripada perbuatan keji itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis dan jika sabit kesalahan, suspek bakal dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×