Seorang lelaki berusia 23 tahun di Indonesia telah ditahan polis selepas disyaki membunuh ibunya dengan cara menikam wanita itu sebanyak 50 kali hingga mati.
Tikam mak 50 kali
Suspek iaitu Rifki Azis Ramadhan melakukan perbuatan kejam itu pada 10 Ogos lalu di kediaman mereka yang terletak di Kampung Sindangkarsa. Ketika kejadian, mangsa iaitu Sri Widiastuti, 43, sedang duduk di meja makan sebelum diserang suspek.
Menurut sumber, suspek juga cuba membunuh bapanya kerana lelaki itu mengetahui perbuatan kejam yang dilakukannya. 15 minit selepas mengakhiri hayat si ibu, suspek membawa si bapa ke bilik dan mengunci dari dalam.
Suspek kemudian cuba menetak bapanya namun mangsa sempat menjerit meminta pertolongan. Jiran tetangga yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke rumah terbabit dan memecah pintu bilik berkenaan. Mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Suspek menyesal, minta maaf
Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan atas kesalahan membunuh ibu kandungnya. Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana sakit hati seringkali dimarahi oleh ibu bapanya. Malah sehari sebelum kejadian, suspek dikatakan terasa hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh orang tuanya itu.
Saya menyimpan rasa sakit hati dan kebencian yang mendalam. Malah setiap hari, saya menangis tapi pura-pura kuat.
Saya minta maaf. Saya tak dapat kawal emosi, saya tak dapat tahan rasa marah. Saya menyesal atas kejadian yang sudah saya lakukan.
Difahamkan, perbalahan yang berlaku antara tiga beranak ini dipercayai terkait isu wang. Ibu bapa suspek menuduhnya menggelapkan wang syarikat namun berdasarkan pengakuan, suspek tidak melakukan perkara tersebut.
Sumber: Metro Tempo, Metro Sindonews