berita

‘Terbayang Kalau Bapa Sendiri’ – Hidap Kanser Tahap 4, Lelaki Ini Tetap Gigih Kutip Sisa Tulang Untuk Anjing Jiran

August 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Insiprasi

Mulianya hati seorang insan ini apabila sanggup menebalkan muka mengutip sisa di sebuah restoran makanan segera semata-mata untuk membantu jirannya.

Meskipun tergolong dalam golongan orang kelainan upaya (OKU), perlakuan pak cik ini sangat mengagumkan dan patut dijadikan inspirasi buat masyarakat di luar sana.

Ke hulu ke hilir pungut sisa tulang dan makanan

Erviana Ervy yang menyaksikan sendiri kejadian itu lantas menceritakan kisah sebenar disebalik perilaku pak cik  itu di laman Facebooknya semalam.

Masa tengah khusyuk makan di KFC Lido tadi tiba-tiba sis perasan ada 1 orang lelaki yang berumur 50an dan kelihatan mcm OKU sibuk ke hulu ke hilir pungut sisa dan tulang bekas makanan orang yang makan di sana… Dia siap bagi dua plastik…yang satu plastik khas untuk semua tulang yang satu lagi untuk makanan macam bun yang orang tak makan sama isi-isi ayam dan nasi-nasi lah yang tertinggal….Lepas saja dia siap dia akan duduk balik di kerusi makan roti kering bersama air cola lebihan orang yang tidak habis juga ?

Sanggup kutip untuk anjing jiran

Menurutnya, pak cik yang berumur dalam lingkungan 50-an itu dengan rela hati mengutip sisa makanan di restoran tersebut untuk diberikan kepada dua ekor anjing jirannya yang dibela oleh seorang warga emas.

Semua tulang-tulang yang saya pungut ni sebenarnya untuk anjing jiran saya…jiran saya tu warga emas 75tahun..tinggal sendiri ada 2 anjing yang selalu p sana tidak mau lari…jadi saya kesian tu anjing kalau tak bagi makan nanti mati pula sana.

Berdasarkan kepada cerita pak cik itu, dia perlu mengutip sisa makanan tersebut kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Hidap kanser tahap 4

Lebih mengejutkan apabila pak cik itu sebenarnya adalah penghidap kanser tahap 4 dan telah melawan dengan penyakit itu selama 10 tahun.

Menurut Erviana, pak cik itu memaklumkan bahawa dirinya tidak lagi mampu bekerja pada ketika ini kerana penyakitnya itu malah terpaksa menahan sebelah kepala bagi menyokong bahagian sebelah leher yang tertarik.

Saya ni pesakit kanser tahap 4 dengan senyuman lebar dia bercakap…Sudah menjalani kemo 45kali…ini masuk tahun ke 10 saya sakit…Tapi sel kanser masih aktif dan makin membesar.

Sampai saya sudah tidak boleh berkerja kerana sakit dan perlu selalu tahan kepala sebelah kepala untuk support bahagian sebelah leher yang tertarik… Sistem dalam badan pun sudah semakin tak berfungsi.

Biarlah saya habiskan sisa hidup tolong orang

Lebih mengharukan apabila pak cik itu nekad untuk membantu jiran serta anjing-anjingnya selagi dia masih hidup meskipun tidak mempunyai kudrat yang kuat seperti orang lain.

Saya bukan ada duit juga kalau mau beli untuk tu anjing…Jadi saya tolonglah cari makanan untuk dia… Saya pun tidak tahu berapa lama lagi saya boleh hidup..Jadi Biarlah saya bagi habis sisa hidup saya dengan tolong orang mana yang saya mampu.

Perkongsian Erviana itu telah mendapat lebih 12k tanda suka dan rata-rata netizen terharu dengan kisah yang dikongsinya itu.

Sumber: Facebook Erviana Elvy

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×