berita

Terbuai Pilu Bersama Keisya Levronka Bakal Temui Peminat Di Kuala Lumpur Pada 28 Oktober Ini

October 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi terkenal Indonesia, Keisya Levronka bakal mengadakan konsert sulungnya di Zepp Kuala Lumpur, pada 28 Oktober 2023.

Konsert pertama Keisya Levronka

Menerusi sidang media yang berlangsung secara maya pada Rabu, pelantun lagu ‘Tak Ingin Usai’ itu berkata, konsert yang bertajuk Terbuai Pilu bersama Keisya Levronka merupakan konsert pertamanya sepanjang bergelar penyanyi.

Ada banyak yang saya pertimbangkan untuk konsert ini, terutama di Malaysia dan Indonesia. Lagu saya banyak yang saya di Malaysia dan itu salah satu pertimbangan juga. Jadi, selama ada kesempatan ya saya ambil, why not?.

Bercerita dengan lebih lanjut, Keisya, 20, berkata tema Terbuai Pilu itu menceritakan perjalanan kariernya. Tambahnya lagi, pelbagai kejutan menarik yang bakal ditampilkan menerusi konsert tersebut termasuklah persembahan teater ringkas. Ujar Keisya lagi, penyanyi Malaysia iaitu Aisyah Retno bakal membuat persembahan pembukaan pada malam Terbuai Pilu.

Saya membawakan 8 lagu dalam album pertama aku. Lagu-lagu itu menceritakan sewaktu aku kecil hingga aku ke ujibakat dan sehingga aku menjadi seorang penyanyi dan kini bakal melakukan konsert pertama. Ada jalan cerita menerusi lagu-lagu.

Keisya akui sangat gementar lebih-lebih lagi apabila konsert sulungnya itu diadakan jauh dari negara kelahirannya, Indonesia. Apabila ditanya mengenai penerimaan terhadap komen negatif wargamaya berhubung insiden dirinya bernyanyi sumbang ketika membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik ke-23, Keisya menganggap sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk menjadi lebih matang.

Sekadar info, tiket untuk menyaksikan konsert Terbuai Pilu bersama Keisya Levronka di Zepp, Kuala Lumpur telah mula dijual pada 26 September 2023 di https://mydeteksi.ubertickets.asia. Konsert ini menawarkan harga serendah RM188 sehingga RM598.

SKIP THIS AD ×