Pelakon, Bella Astillah dimasukkan ke wad di sebuah hospital di Ampang, selepas mengalami sakit kepala yang teruk sejak hari Ahad yang lalu.
Tidak pernah alami migrain yang teruk
Menurut Bella, hasil pemeriksaan Imbasan Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) mendapati terdapat cecair pada bahagian dahi kanannya.
Saya tidak pernah mengalami migrain atau sakit kepala seteruk ini. Selalunya kalau jatuh sakit saya akan cuba bertahan, tapi ini memang sudah tak boleh nak lawan hingga terpaksa ke hospital. Doktor memaklumkan saya mungkin menghadapi masalah sinus tapi ketika buat ujian MRI, ada cecair yang menghalang di bahagian kanan dahi saya. Saya kini bergantung dengan ubat tahan sakit dan doktor tidak menyarankan saya melakukan pembedahan kerana baru kali pertama berdepan masalah seumpama ini.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia bersyukur apabila suaminya, Aliff Aziz mengambil tugas menjaga anak-anak sepanjang dia berada di hospital.
Sepatutnya Alif ke Singapura untuk bertemu keluarganya hari ini tapi disebabkan saya masih di hospital, Aliff beritahu dia akan berada di rumah menjaga anak-anak. Tiket yang sudah dibeli pun ‘hangus’. Saya pun tak tahu sampai bila akan ditahan di wad tapi saya harap masalah sakit kepala ini segera pulih kerana saya dan Aliff baru saja melancarkan muzik video single duet kami berjudul Tetap Di Sini.
Sumber: Harian Metro