Foto: Sekadar gambar hiasan
Di Twitter, seorang wanita berkongsi kisah duka di mana suaminya menjalin hubungan cinta dengan rakan sekerja. Lebih menyedihkan, si suami pernah terlanjur beberapa kali dengan rakan sekerjanya itu.
4 tahun kahwin
Menurut wanita yang enggan identitinya didedahkan, dia dan suami sudah berkahwin selama empat tahun. Ujian rumah tangganya bermula apabila si suami rapat dengan seorang rakan sekerja.
Hubungan mereka bermula 7 tahun lepas. Bermula daripada rakan sehingga berhubungan dan terlanjur. Suami yang saya kenal sebelum ini sangat menjaga keluarga dan solat. Tapi berubah selepas kenal orang ketiga. Hubungan senyap mereka saya dapat hidu daripada awal tapi saya tak dapat bukti.
Suami saya kerap balik lewat malam dan beri alasan menjalani latihan di kolam renang. Hujung minggu pula bagi alasan pergi ke Ipoh untuk latihan. Awalnya saya percaya sebab kami berlainan industri. Saya cuba faham kerja dia dan letak kepercayaan sepenuhnya.
Lebih teruk, wanita tersebut turut menjumpai tiket tempahan bilik yang romantik atas nama suaminya.
Suami buat tempahan bilik romantik. Masa itu saya fikir suami ada perempuan lain. Saya cuba tanya dia dan dia beri alasan untuk kawan-kawan vespa. Tapi naluri saya kuat mengatakan bukan dan kami bergaduh besar. Dia keluar tinggal rumah dalam keadaan anak yang kurang sihat pada waktu itu. Saya masih cuba percaya dan menganggap naluri saya salah.
Berikutan daripada itu, wanita berkenaan memberitahu dia dan suami cuba memperbaiki hubungan mereka dengan cara membawa anak-anak pergi bercuti di Sarawak.
Satu malam masa bercuti, saya terdengar suami mengerang masa mandi pukul 3 pagi. Saya tanya sama ada dia onani, dia bagi alasan sakit bahu. Saya cuba percaya alasan dia. Selepas pulang bercuti, Allah nak tunjuk bukti suami curang. Saya terjumpa gambar suami tidur di atas katil dengan perempuan.
Dia masih tidak mengaku. Selepas itu saya jumpa gambar passport perempuan itu. Saya mula mencari nama akaun media sosialnya. Saya siasat dan ternyata mereka memang menjalin hubungan. Mereka dah beberapa kali melakukan hubungan intim.
Pada awal tahun ini, wanita tersebut telah melakukan solat tahajud. Susulan daripada itu, dia akhirnya mengetahui kisah sebenar. Sebagai seorang ibu, wanita ini tidak menyangka suaminya sanggup membawa anak mereka ke hotel ketika melakukan maksiat.
Kami gaduh besar masa itu dan saya bawa anak pindah ke Kuala Lumpur. Saya masih dalam proses tenangkan jiwa. Tak tahu perceraian ini perlu diteruskan atau tidak sebab anak. Suami tak sanggup berpisah dengan anak. Apa yang dia buat telah menyebabkan saya dan anak trauma. Saya tak tahu nak buat apa.
Sumber: Twitter