berita

Terdesak Tampung Bil Rawatan Anak, Pramugari Malaysia Seludup Dadah Di Australia Dipenjara 3 Tahun

October 10th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Profesion pramugara atau pramugari merupakan profesion yang semakin diminati kerana tawaran gaji yang lumayan. Tambahan pula, bekerja dalam sektor seperti ini membolehkan seseorang itu melancong ke serata dunia dengan percuma.

Namun, ini kisah yang berlaku kepada seorang pramugari yang telah ditangkap kerana menyeludup heroin yang diletakkan dalam pakaian dalamnya. Kejadian ini berlaku pada tahun lalu.

Dipenjara di Australia

Gambar sekadar hiasan

Bekas pramugari yang dikenali sebagai Zailee berusia 40 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun dan enam bulan. Hukuman ini telah dijatuhkan pada tahun 2019, selepas heroin bernilai jutaan dolar ditemui dalam pakaian dalamnya.

Menurut laporan The Australian, ibu kepada tiga orang anak itu berpeluang untuk dibebaskan selepas menjalani hukuman selama tiga tahun. Hal ini disebabkan Zailee ketika itu sangat terdesak memerlukan dana bagi membayar bil perubatan anaknya yang semakin meningkat.

Menerusi keterangan Zailee di mahkamah, dia ditawarkan sebanyak $A 6,500 (kira-kira RM 19,359) untuk menyeludup barangan terlarang itu dengan nilai sebanyak A$ 3 juta (kira-kira RM 8.9 juta) ke Australia.

Terdesak tampung perubatan

Foto: The Australian

Kelonggaran yang diberikan adalah ihsan pihak mahkamah kerana alasannya ketika itu sangat memerlukan wang bagi menampung bil perubatan anaknya yang semakin meningkat. Hakim ketika itu berasa kasihan dan menyatakan Zailee ketika itu berada dalam keadaan yang terpaksa dan tidak mempunyai pilihan yang lain.

Pramugari syarikat penerbangan Malindo Air ini menjadi mangsa sindiket dadah kerana mereka tahu Zailee sangat memerlukan wang ketika itu. Zailee sebelum ini, telah melakukan lapan perjalanan ke Australia dan menyeludup lebih dari empat kilogram heroin antara Oktober 2018 dan Januari 2019.

Sumber: The Australian Astro Awani

SKIP THIS AD ×