
Pelakon terkenal Britain, Terence Stamp dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir di usia 87 tahun pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Hulk Hogan Meninggal Dunia
Terence meninggal dunia

Memetik laporan portal BBC, berita sedih itu diumumkan sendiri oleh keluarga mendiang dalam satu kenyataan yang dibuat.
Beliau (Terence) meninggalkan legasi karya yang luar biasa yang pastinya akan memberi inspirasi kepada ramai orang dalam tahun-tahun yang mendatang.
Berita mengenai pemergiannya itu turut dirasai rakan artis yang pernah bekerjasama dengannya menerusi filem Superman iaitu Sarah Douglas.
Menurut Sarah, pemergian Terence merupakan satu kehilangan besar buat industri perfileman British.
Banyak kenangan dan ilmu yang saya pelajari darinya.
Satu kehilangan besar dan sangat menyedihkan.
Sekadar info, Terence yang lahir pada tahun 1938 mula terkenal menerusi watak sebagai General Zod dalam Superman (1978) dan Superman II (1980) yang menjadikan beliau pelokan ikonik bagi sekuel Superman.
Watak “Kneel before Zod!” menjadikan beliau antara penjahat paling terkenal dalam sejarah filem.
Selain itu, Terence turut berlakon dalam filem seperti Theorem (1968), A Season in Hell (1971), Star Wars: Episode I – The Phantom Menace (1999), Valkyrie (2008), The Adjustment Bureau (2011), Yes Man, dan beberapa produksi Tim Burton, dan membintangi terbaru Last Night in Soho (2021).Turut berlakon dalam filem seperti Theorem (1968), A Season in Hell (1971), Star Wars: Episode I – The Phantom Menace (1999), Valkyrie (2008), The Adjustment Bureau (2011), Yes Man, dan beberapa produksi Tim Burton. Hadir dalam filem terbaru Last Night in Soho (2021).
Sumber: BBC








