berita

Terharu! Abang Buat Surprise Hadiahkan Busana Ala Siti Nurhaliza Untuk Wedding Adik

April 19th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Demi merealisasikan impian adik, seorang abang sanggup berhabis ribuan ringgit dengan menghadiahkan persalinan songket persis songket Datuk Siti Nurhaliza. Busana tersebut digayakan penyanyi no 1 itu ketika membuat persembahan pembukaan di ‘Konsert Siti Nurhaliza On Tour’ Kuala Lumpur.

Kisah Intan berjaya mendapat perhatian netizen selepas pereka fesyen busana itu memuat naik foto pasangan itu. Memang teliti betul ni, sebijik sama!

Abang minta baju macam Siti

Menerusi Mstar, pada awalnya Intan tidak yakin untuk mengenakan busana itu kerana sering disindir memiliki tubuh badan gempal.

Abangnya yang tahu akan minat mendalam terhadap Siti Nurhaliza pernah beberapa kali bertanya jika mahu memakai busana ala Siti Nurhaliza namun tidak menyangka ianya direalisasikan dan dihasilkan dengan cantik sekali.

Awalnya saya tak tahu dan tak pernah terkira abang nak buat kejutan untuk saya. Sebenarnya abang saya yang minta nak baju macam Siti. Seminggu sebelum majlis resepsi, baru abang maklumkan itu baju saya.

Tak sangka dan tak pernah saya bayangkan akan pakai baju seperti Siti Nurhaliza. Dia memang peminat fanatik Datuk Siti sejak kecil. Setiap kali ada konsert dia akan pergi dan tak pernah missed! Saya tak tahu berapa ribu dia habis untuk baju itu.

Abang pernah tanya kalau-kalau saya nak pakai baju macam Siti masa bersanding nanti… siapa tidak mahu lebih-lebih lagi saya juga peminat Siti dari kecil. Masa saya pakai baju tu waktu fitting, baru saya perasan baju itu hampir sama dengan baju Siti.

Tekad turunkan berat badan

Menurutnya lagi, dia turut berjaya menurunkan berat badan selepas banyak kali disindir.

Awalnya saya takut nak pakai baju tu kalau-kalau ia tak sesuai dengan saya. Saya tertanya juga adakah cantik kalau saya pakai. Sebelum ni ramai yang sindir orang gemuk tak cantik pakai baju kawin. Mungkin niat mereka nak melawak tapi mereka tak fikir perasaan saya macam mana.

Tapi abang Ikmal berjaya membuktikan sebaliknya. Sebulan sebelum saya bernikah, saya nekad pergi berzumba untuk kuruskan badan. Alhamdulillah, saya turun 12 kilogram.

Sumber : MstarIkmal Mukmin

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×