Hantaran yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan Datin Intan Najuwa mengenai mesin oksigen telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Kongsi Suami Borong Banyak Nasi Lemak Daripada Peniaga Kecil – ‘Dia Tetap Cuba Untuk Bantu’

Penjelasan Intan

Menerusi satu hantaran di Threads, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, tampil menjelaskan tentang kepentingan mesin tersebut terhadap keluarganya.

Menurut Intan, mesin itu dibeli berikutan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman menghidap asma, selain bertujuaan untuk kesihatan anak-anaknya.


Doktor kami menasihatkan supaya kami mempunyai mesin ini di rumah kerana suami saya menghidap asma.

Anak-anak saya juga kadangkala mengalami masalah kahak dan simptom berkaitan pernafasan.

Ini merupakan langkah berjaga-jaga yang disarankan, terutamanya jika berlaku situasi di mana tahap oksigen mereka menurun dan bekalan oksigen tambahan diperlukan.

Dalam masa sama, Intan juga memaklumkan tentang maksud sebenar supplemental oxygen, susulan terdapat salah faham mengenainya.

Supplemental oxygen itu maksudnya bekalan oksigen, bukan oxygen supplement macam kita makan.

Sumber: Threads