berita

Terima DM Suruh Tunggu Setahun Selepas Pemergian Suami, Anita Baharom Nikah Esok – ‘Mereka Tak Duduk Tempat Saya’

December 21st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Anita Baharom, 39, berkata dia perlu menahan sabar terhadap segelintir individu yang menghantar mesej secara DM (direct message) ke Instagram, selepas mengetahui dirinya bakal berkahwin lagi.

Mereka tak duduk di tempat saya

Menurut Anita, individu tersebut memintanya untuk menunggu sekurang-kurangnya setahun selepas pemergian suami.

Saya hanya mampu bersabar menerima mesej-mesej seperti itu. Kalau jawab nanti, dibimbangi jadi persepsi lain pula. Apapun, saya berterima kasih sebab masih ramai lagi yang mengirimkan mesej positif melalui Instagram, termasuk mengucapkan tahniah di atas jodoh ini.

Pada saya, biarlah orang nak cakap apa saja kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang saya tanggung. Apa trauma saya alami hingga sekarang. Mereka tidak duduk di tempat saya dan buat apa nak melayan dan terlalu memikirkannya. Saya anggap kehadiran jodoh baharu ini rezeki daripada Allah. Setiap orang itu, dugaan dan jalan hidup ditempuhi berbeza-beza. Saya pula menerima semua ini dengan dengan rasa syukur, reda dan seikhlas hati.

Sebelum ini, Anita memberitahu dia bakal bernikah kali kedua esok dengan Engku Isyamuddin Tuan Losin di Subang Jaya, Selangor. Difahamkan, bakal suami Anita berstatus duda. Namun, kedua-dua mereka sudah saling mengenali sejak 2017. Bagaimanapun, hubungan pasangan ini mula rapat selepas Anita habis edah.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×