
Sepanjang minggu ini, setiap hantaran usahawan terkenal Noor Nabila di media sosial pastinya akan menyorot perhatian warganet selepas dia terbuka untuk berkongsi tentang kekasih hati yang dikenali sebagai Mr AA.
Artikel Berkaitan: ‘AA Pandai Memasak, Hormat Saya & Sedang Rancang Perniagaan Makanan Jepun Bersama’ – Noor Nabila
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Kongsi ‘Angle’ Depan Jejaka Misteri, Netizen Tarik Nafas Lega Bukan Aliff Aziz
Pandai masak
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 41, memuat naik foto masakan yang sediakan oleh Mr AA.
Dalam masa sama, Nabila turut berterima kasih kepada jejaka tinggi lampai tersebut kerana menyediakan juadah istimewa untuknya, selain memuji air tangan kekasihnya itu.
Terima kasih Chef AA, masak asam pedas tersedap.
Sebelum ini, Nabila mengejutkan rata-rata warganet dengan hantarannya bersama seorang lelaki di Instagram Story.
Kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu mengakui hatinya terpaut pada Mr AA bukan sahaja kerana kehandalannya memasak, malah beberapa ciri lain yang membuatkan jejaka itu istimewa di matanya.
Untuk info, Nabila pernah mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013, namun berakhir dengan perceraian selepas setahun.
Nabila kemudian berkahwin dengan dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 8 tahun.
Kemudian, Nabila mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 26 September 2023 dan perkahwinan mereka turut menemui jalan perpisahan.
Sumber: IG Noor Nabila