
Personaliti media sosial, Haqiem Stopa menyifatkan bekas isterinya, Aireena Sofia sebagai seorang ibu terbaik buat anak lelaki mereka, Muhammad Hud Thalhah.
Artikel Berkaitan: Aireena Sofia, Haqiem Stopa Sudah Berbaik – ‘Dah Maafkan Tapi Tak Mampu Lupakan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Halang Dia Berjumpa Dengan Anak’ – Aireena Sofia
Ucapan Haqiem Stopa buat Jane
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di TikTok, Haqiem berkongsi beberapa keping gambar memaparkan anak mereka yang sedang menerima rawatan di wad hospital. Turut kelihatan Aireena atau lebih dikenali sebagai Jane setia menemani dan menjaga anak mereka sepanjang berada di hospital.
Dalam kapsyen yang ditulis, Haqiem meluahkan penghargaan kepada bekas isterinya atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak mereka.
Terima kasih kerana menjadi seorang mummy yang terbaik di dunia untuk Aha. Terima kasih pada Allah. Alhamdulillah kerana kabulkan salah satu doa daddy ni.
Dalam pada itu, Haqiem turut menitipkan doa dan berharap agar bekas isterinya itu diberikan kebahagiaan yang selayaknya.
Ambil masa. Carilah kebahagiaan awak. Awak berhak bahagia. Tugas saya di sini cuma satu, jadi daddy yang soleh dan terbaik di dunia ni untuk Aha.
Terdahulu, Haqiem dan Aireena sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Bagaimanapun, selepas perceraian mereka, keadaan menjadi semakin rumit apabila kedua-duanya dilaporkan berdepan konflik dan perselisihan faham.
Sumber: TikTok Haqiem Stopa