berita

‘Terima Kasih Jaga Qayyum 22 Tahun Ni’ – Ibu Meninggal Dunia 42 Hari Selepas Kematian Bapa.. Sebak!

January 21st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa selamanya. Itulah perumpamaan yang boleh menggambarkan betapa besarnya nilai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Kata orang, apabila perginya ibu bapa maka hilanglah doa dan keberkatan mereka di dunia ini.

Namun, perancangan Allah SWT itu lebih baik dari segalanya. Sebagai seorang anak, kita hendaklah redha dengan pemergian orang tersayang. Seperti perkongsian lelaki ini di Twitter, ibu meninggal dunia 42 hari selepas pemergian bapa. Kini, dia kehilangan dua insan paling disayangi dalam masa selang sebulan sahaja. Sebak!

Ibu, jumpa lagi..

Perkongsian dari lelaki yang dikenali sebagai Qayyum ini meruntun jiwa apabila ibunya turut menyusul selepas pemergian bapa. Dia meluahkan rasa terima kasih kepada ibu bapa yang telah menjaga dan membesarkannya selama 22 tahun. Bermula dari hari itu, dia harus hidup berdikari dan sendiri.

Minta maaf ibu

Sementara itu, di dalam tweet lain, dia memohon agar segala dosa ibu diampunkan Allah SWT. Dia juga memohon maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan selama ini. Tidak dapat digambarkan perasaannya, Qayyum walau bagaimanapun redha dengan ujian yang diterima.

Ibu dah tak ada, ayah tak ada

Meluahkan rasa sedih yang terbuku di hati, Qayyum berharap ada perkara baik yang menantinya adik beradik. Selepas kehilangan kedua orang tua, tiada tempat lagi untuknya mengadu nasib. Dia sangat merindui ibu bapa dan berharap ibu mendengarnya dari jauh. Dia harus kuat, suatu hari nanti dia mahu bertemu ibu bapa di syurga. Sebak!

Sumber : Qayyum

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×