Tumpuan orang ramai hari ini bukan sahaja terarah kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada pertuduhan tetapi hubungan cintanya bersama selebriti Bella Astillah turut mencuri perhatian.

Artikel Berkaitan: Syed Saddiq & Bella Astillah Boleh Fokus Persiapan Kahwin Dengan Tenang

Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Bebas Hukuman Tujuh Tahun Penjara & Dua Sebatan

Syed Saddiq ‘green forest’

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu berkongsi sepotong ucapan ahli politik tersebut ketika ditemui pihak media sejurus selesai pembicaraannya.

Individu tersebut menyifatkan Syed Saddiq sebagai seorang lelaki green forest kerana tidak segan memuji pasangannya secara terbuka.

Meskipun sekadar ucapan ringkas, namun sudah cukup membuatkan warganet mengagumi sifat Syed Saddiq yang sentiasa menghargai insan tersayang.

‘Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada tunang saya kerana sentiasa bersama dengan saya.’

‘Green forest’ betullah YB Syed Saddiq ini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu.

Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dijatuhkan sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi.

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Sumber: Threads