berita

‘Terima Kasih Kerajaan Negeri Johor’ – Dr Amalina Luah Rasa Terharu Lukisan Mural Dipamerkan Di Lorong Seni

August 31st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pernah mengharumkan nama negara semasa zaman persekolahan, Dr Amalina Che Bakri sekali lagi menjadi kebanggaan negara kerana berjaya membantu adik Ainul Mardhiah dalam menjalani pembedahan membuang tumor di London, baru-baru ini. Kejayaan dan sumbangannya itu membuatkan rakyat Malaysia tidak henti mengucapkan jutaan terima kasih buat dirinya.

Terbaru, Dr Amalina memuat naik beberapa keping foto di Instagram yang memaparkan lukisan mural wajahnya. Menurut kapsyen yang ditulis, lukisan tersebut terletak di Lorong Seni, Kota Tinggi, Johor. Manakala, pelukis mural tersebut ialah Sam Lim.

Thank you

https://www.instagram.com/p/B1vdRkGgoKT/?igshid=7ynu2g7wnh4

Menerusi perkongsian foto tersebut, rata-rata netizen bangga dengan kejayaan yang dicapai Dr Amalina. Tambah mereka, doktor merupakan orang yang layak menerima penghargaan sedemikian kerana kebijaksanaan dan sifat keperibadiannya. Netizen turut meluahkan perasaan tidak sabar untuk bergambar di mural berkenaan.

Beauty with brain

Sumber: Dr Amalina Bakri

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×