berita

‘Terima Kasih Selalu Menceriakan Hidup I’

September 10th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sherry Alhadad 'dating'

Seorang lelaki mencuri tumpuan wargamaya apabila memuat naik video dirinya keluar bersama pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sherry Alhadad Gembira Dengan Kebahagiaan Nad Zainal, Jawab Isu Bermasam Muka – ‘Saya Masih Hubungi Ibu Bapa Dia’

‘Dating’ ke tu?

Sherry Alhadad 'dating'

Menerusi video yang dimuat naik lelaki yang dikenali sebagai Amin Moktar di TikTok, Sherry yang mengenakan baju berona putih serta bertopi hitam kelihatan berjalan dari lobi kediamannya ke arah kereta lelaki berkenaan.

‘Evening date with her. Terima kasih selalu menceriakan hidup I. Sekian, Abang Proton.

Mereka kemudiannya pergi ke sebuah restoran di ibu kota untuk menikmati juadah makanan bersama. Dapat dilihat keceriaan jelas terpapar di wajah pengacara Anugerah Juara Lagu itu.

Selepas selesai keluar bersama, Sherry yang dihantar pulang mengucapkan terima kasih kepada Amin kerana telah membawanya keluar dan mengajaknya untuk keluar ‘healing’ sekali lagi satu hari nanti.

Terima kasih bawa saya pergi healing. Nanti kita pergi healing lagi eh? Kita makan pula dekat tempat lain.

‘Kami setuju je’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan bahawa mereka sangat bersetuju sekiranya mereka berdua betul-betul mempunyai hubungan yang serius.

Dalam pada itu, mereka juga memberi ‘amaran’ kepada Amin untuk tidak mempermainkan hati dan perasaan Sherry kerana pengacara tersebut merupakan kesayangan rakyat Malaysia.

‘Hanya kawan’

Sherry Alhadad 'dating'

Sementara itu, Amin menjelaskan bahawa dia dan Sherry tidak mempunyai apa-apa hubungan yang serius dan lebih selesa sebagai kawan.

Video

@amirmoktar86Jangan risau kitorang takda apa2 pun. Kami selesa berkawan baik begini. Sherry ni dah jadi client saya sejak tahun 2019 lagi. Nanti saya cerita macam mana saya kenal beliau.? Kau Tigakan Cinta – Elkasih

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×