berita

‘Terima Kasih Semua, Doakan Kami’ – Adira Bagi Hint Berbaik Semula Dengan Datuk Red

November 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Lensa Insta

Industri hiburan tanah air pernah dikejutkan dengan permohonan cerai daripada penyanyi Adira Suhaimi terhadap suaminya, Datuk Red. Walau bagaimanapun, suaminya mendakwa tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.

Kini, Adira kelihatan sudah kembali berbaik dengan suaminya apabila memuat naik posting gambar suami dan anaknya di Instagram. Dia turut meminta peminat untuk doakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga. Bak kata pepatah ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’.

Terima kasih semua, doakan kami

https://www.instagram.com/p/B5AA-trHnjW/?igshid=1y0p9jrmj3tu6

Menerusi foto ini jelas kelihatan Adira memuat naik gambar anaknya disamping suami. Rata-rata peminat memenuhi ruang komen dengan mendoakan dia kembali bahagia di pangkuan suami dan keluarga. Dia turut membalas komen peminat dengan berterima kasih dan berharap agar peminat terus berdoa yang terbaik buat dirinya.

Peminat membanjiri ruangan komen

Alhamdulillah semoga baik-baik semuanya

Sumber: Adira Suhaimi

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×