berita

‘Terima Kasih Untuk Segalanya TMJ & YB KJ’ – Atlet Emas Tuju Mesej ‘Deep’ Buat Siapa?

December 12th, 2019 | by faris
Kini Trending

Atlet lontar cakera negara Muhammad Irfan Shamshuddin mempamerkan aksi membanggakan di Sukan Sea Filipina apabila meraih emas dalam acara itu. Tambah membanggakan, kejayaan itu menjadikan pingat emas Irfan untuk kali keempat berturut-turut.

Irfan menerusi Facebooknya mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pihak yang turut menyumbang ke arah kejayaannya.

Semua berlaku ada sebab

Irfan mengatakan apa yang telah dicapai hari ini adalah atas sokongan ramai pihak dan bukanlah kejayaan yang disebabkan dia seorang sahaja.

Saya tak percaya kepada istilah berjaya atas usaha sendiri. Tidak berniat menyinggung mana-mana pihak, tapi saya percaya segalanya berlaku atas sebab tertentu. Setiap orang yang kita jumpa, walaupun hanya seorang saja yang memberi nasihat, namun dia mungkin menjadi sebab di mana kita hari ini.

Terima kasih kepada mak abah atas doa dan sokongan. Terim kasih kepada keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih coach Frank, coach Imrich Bugar, coach Ali dan Andre. Terima kasih MSNS, ISN, MSN, KOM, KBS, OCM dan tidak dilupakan rakyat Malaysia untuk sokongan.

Dedikasi kemenangan untuk TMJ, KJ

Atlet emas ini juga turut menujukan kemenangannya untuk Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail serta bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Saya dedikasikan kemenangan ini untuk Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan YB Khairy Jamaluddin. Terima kasih untuk segalanya TMJ & YB KJ. Kita perlukan orang seperti kalian dalam sukan, yang tahu apa yang dilakukan dan faham erti sebenar sukan.

Sumber: Irfa Shamshuddin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×