berita

‘Terima Kasih!’ – Wartawan Dapat Tahu Hidap Kanser Lepas Penonton Nampak…

July 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, seorang wartawan dari Florida, Amerika Syarikat disahkan menghidap kanser setelah salah seorang penontonnya memberi teguran mengenai benjolan di lehernya. Victoria Price yang bekerja di WFLA News, meluahkan rasa syukur kerana penonton tersebut memberitahunya lebih awal.

I have cancer

Rupanya saya ada kanser dan saya terhutang budi kepada salah seorang penonton WFLA kerana membantu saya. Dia nampak benjolan di leher saya dan ianya sama seperti benjolan di lehernya. Apabila diperiksa ianya kanser.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan, Victoria memberitahu sejak pandemik Covid-19 ini berlaku, dia telah bekerja keras dan tidak mengira masa sehingga terlupa mengenai tahap kesihatannya sendiri. Sehinggalah, dia menerima satu email daripada penontonnya yang ternampak benjolan di bahagian lehernya.

Sentiasa berterima kasih

Kalau saya tak dapat email tersebut, mungkin saya takkan telefon doktor. Kanser tersebut juga akan terus merebak. Bila difikirkan ianya sangat menakutkan. Terima kasih sangat-sangat kerana sanggup menghantar email tersebut.

Sejurus membaca kiriman email tersebut, Victoria terus menghubungi doktornya untuk menjalani pemeriksaan segera. Hasil pemeriksaan, doktor memberitahu tumor tersebut merupakan kanser dan dia perlu menjalani rawatan segera. Jelasnya lagi, kanser tersebut sedang merebak dan masih mampu dikawal. Tambah Victoria, dia bakal menjalani pembedahan pada hari ini bagi membuang benjolan tersebut.

Sumber: Victoria Price

SKIP THIS AD ×