berita

Terima Panggilan Bayi 11 Bulan Ditemui Tidak Sedarkan Diri, Bapa Terkilan Pengasuh Rahsiakan Hal Sebenar

August 29th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Siapa sangka kerenah seorang bayi 11 bulan yang lebih mesra berbanding selalu, menyusul dengan berita bahawa dia telah meninggal dunia ketika berada di rumah pengasuh.

Bermain sampai 5 pagi

Sungguh pilu kisah yang dikongsikan sepasang ibu bapa yang kehilangan bayi perempuan berusia 11 bulan yang didakwa ditemui terbaring di atas lantai rumah pengasuh, dan tidak sedarkan diri.

Menurut hantaran Facebook milik si bapa, bayi berkenaan yang dikenali sebagai Delisha dikatakan sangat mesra berbanding hari-hari yang lain.

Pada malam terakhir sebelum kejadian… anak saya kelihatan sangat mesra, tidak seperti hari-hari lain dan tidak mahu renggang daripada saya dan isteri.

Tidak pernah berlaku seminggu terakhir setiap hari dia berjaga sampai lewat pagi iaitu tidur jam 5 pagi. Mungkin ingin bermain buat kali terakhir dengan papa dan mommy sebab waktu siang kami berdua bekerja.

Temui kesan lebam dan retak

Pada pemeriksaan awal ke atas mayat Delisha, doktor mengesyaki saluran pernafasannya tersumbat, namun pemeriksaan lanjut menemui kesan lebam di dahi, disusuli dengan penemuan kesan retak di dalam kepala.

Pengasuh kemudian ditanya sekiranya bayi tersebut ada alami sebarang hantukan, namun bersungguh-sungguh dinafikan bahawa Delisha ada tersungkur atau terhantuk ketika dalam jagaannya

Doktor tanya kepada saya kesan lebam tersebut bila ada dan saya cakap tak tahu. Selepas itu, saya menelefon pengasuh mengenai kesan lebam tersebut dan dia kata waktu hantar memang sudah ada sedangkan waktu isteri hantar memag tiada.

Saya tanya lagi anak saya ada jatuh atau terhantuk, pengasuh sungguh-sungguh bagitahu tiada.

Bayi mungkin diapa-apakan budak lain

Selepas selesai post mortem dan keterangan diambil, pasangan tersebut terkejut apabila mendapati bahawa pengasuh tersebut menjaga 8 budak sekali gus, selain sedang hamil 5 bulan.

Difahamkan, semua perkara tersebut tidak pernah dijelaskan sebelum ini, dan pengasuh itu mengaku Delisha mungkin diapa-apakan oleh budak-budak lain yang ditinggalkan bersama-sama.

Meskipun pasangan itu redha dengan pemergian puteri mereka, pemilik akaun Facebook dengan nama See Kay itu tetap berharap agar yang bersalah dikenakan hukuman yang setimpal.

Sumber: Facebook See Kay

SKIP THIS AD ×