berita

Terima Respon Positif Termasuk Ahli Politik, Yusof Haslam Yakin Mat Kilau Kutip Lebih RM100 Juta

July 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam percaya filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mampu mencapai kutipan melebihi RM100 juta apabila tayangannya kini memasuki minggu keempat.

Percaya mampu melebihi RM100 juta

Menurut Yusof Haslam, filem berkenaan mampu muncul sebagai filem sepanjang zaman seperti filem Bukit Kepong yang memaparkan perjuangan pasukan polis dalam mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada ditawan komunis yang ditayangkan pada 1981 lalu. Tambah Yusof, walaupun sudah mencecah usia 41 tahun, filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Dr Jins Shamsuddin masih diminati penggemar filem sehingga kini.

Saya yakin dan percaya kehebatan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini mampu menjadi filem legenda yang akan dikenang masyarakat Melayu. Malah mungkin lebih (hebat) daripada Bukit Kepong berdasarkan respons, kenangan orang terhadap filem ini.

Daripada segi kutipan, saya percaya ia mampu melebihi RM100 juta. Sekarang pun respons yang diberikan pelbagai pihak termasuk ahli politik sangat baik dan kutipan harian masih jutaan ringgit.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×