berita

Teringin Nak Beli Rumah Masa Muda Tapi Tak Tahu Macam Mana? Ni Kami Share Sikit Caranya!

June 8th, 2018 | by Epul
Kini Trending


Memiliki sebuah rumah merupakan idaman semua orang. Korang pun mesti ada angan-angan nak beli rumah sendiri kan. Yelah, kalau dah berkerjaya, keinginan tu mesti ada nak merasa ada harta sendiri, seperti memiliki sebuah rumah dan kereta.

Tapi ramai dalam kalangan anak muda ni takut nak beli rumah, alasannya sebab takut tengok harga rumah tinggi dan tak mampu nak bayar. Hmm.. Habis tu, takkan korang nak tinggal menyewa selamanya pulak kan.

Haaa.. Ni kami share sikit cara korang boleh beli rumah pada usia muda.  Check it out guys.

Buat bajet perbelanjaan dan kenal pasti keperluan dan kehendak.

Okay point pertama ni amatlah penting. Kalau korang dah mula pegang duit sendiri, pastikan korang rancang perbelanjaan bulanan korang. Jangan lupa buat simpanan dan juga insurans.

Ni kalau setiap kali gaji asyik pergi shopping barangan mewah lepas tu makan kat tempat-tempat hipster, macam mana duit korang tak habis. So, masa ni la korang kena tau mana priority korang. Masa muda ni la, korang kena merancang. Kalau dah tua baru nak beli rumah macam dah terlambat je.

Kalau korang tak tahu macam mana nak bezakan kehendak dan keperluan ni, korang kena soal diri korang balik. Contohnya, adakah kalau korang tak pakai iPhone korang tak boleh berhubung? Ada sahaja telefon pintar yang korang boleh dapat pada harga yang lebih berpatutan kan?

Ini semua sebenarnya kehendak korang sahaja, yelah tengok kawan-kawan pakai korang pon mesti teringin nak pakai kan. Daripada korang membazir lebih baik korang simpan duit korang or buat perlaburan. Sekurang-kurangnya korang akan dapat pulangan pada masa depan.

Sentiasa menambah ilmu mengenai kewangan dan hartanah.

Kalau takde ilmu macam mana korang nak tahu tentang sesuatu perkara kan? Macam tu la juga kalau nak beli rumah ni. Korang mestilah kena tahu cara nak simpan duit, nak buat pinjaman dan perlaburan. So, daripada duit tu korang bolehlah beli rumah.

Lagilah sekarang ni zaman teknologi, korang boleh google je teknik-teknik nak menyimpan dan buat perlaburan ni daripada pakar secara online je. Korang tak payah keluarkan apa pon!

Lepas tu, korang jangan lupa buat survey tentang jenis rumah yang korang nak beli, sesuai tak dengan bajet korang? Jangan main beli je. Nanti korang pula yang tak tertanggung.

Mula cari pekerjaan bila hampir bergraduasi.

Untuk korang yang baru je tamat belajar tu, jangan tunggu lepas graduate baru sibuk nak cari kerja. Mulakan daripada awal, jangan bagi diri korang masa nak honeymoon lama-lama sangat.

Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja tau, semua kena bersaing. So, korang kalau dapat kerja jangan demand tinggi sangat. Yang penting, ambil pengalaman sebanyak yang boleh.

Tangguh nafsu untuk beraya dengan kereta atau telefon baru.

Ini merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh golongan yang baru mula bekerja. Lagilah dah nak dekat raya ni, makin macam-macam pula nak tukar. Tangguhkan dulu niat tu kalau perkara tu boleh membebankan korang.

Contoh mudah, pergi kerja naik pengangkutan awam dulu. Bila kewangan korang dah kukuh, barulah fikir pasal nak beli kereta atau komitmen yang lain.

Tapi kalau korang dah start mencari rumah, apa kata korang ke pameran perumahan RC Residences. Boleh menang hadiah tau!

Alang-alang korang survey nak cari rumah tu, apa kata korang singgah ke pameran perumahan RC Residences ni.

Kalau orang nak tau, RC Residences menawarkan rumah daripada harga RM 358 ribu tau!

Antara benefit yang korang boleh dapat ialah:

  • Dikecualikan 5 tahun yuran penyelenggaraan.
  • Kawasan perumahan yang terletak berdekatan dengan pusat bandar.
  • Berdekatan dengan rangkaian pengangkutan awam seperti LRT, KTM,ERL dan juga MRT.
  • Kemudahan fasiliti seperti gym. kawasan tempat letak kereta dan kolam renang.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang RC Residences, korang bolehlah melawat ke RC Residences Sales Gallery yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur atau korang boleh contact diorang pada nombor ni 012-5616862/012-5696862.

RC Residences Sales Gallery ni dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang tau. So, korang bolehlah rancang waktu free korang untuk lawat ke pusat galeri ni.

Haa.. Untuk pengetahuan korang juga, terdapat 2 saiz rumah yang ditawarkan oleh RC Residences ni, Type A dengan keluasan 800 kaki persegi manakala Type B dengan keluasan 1,045 kaki persegi. Contoh pelan rumah macam kat bawah ni.

Istimewakan raya anda bersama Akisama Raya Open House!

Sempena raya ni juga, RC Residences yang merupakan salah satu projek perumahan milik Akisama Group akan menganjurkan Akisama Raya Open House. Ada pelbagai aktiviti dan hadiah menarik yang ditawarkan. Details open house tu seperti kat bawah ni:

 

TEMPAT: RC RESIDENCES SALES GALLERY Jalan 4/108a, Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur

TARIKH: 30 JUN 2018 (Sabtu)

MASA: 5.00 pm- 10.00 pm

Persembahan daripada artis terkenal dan sebuah Perodua Bezza untuk dimenangi. Dengar cerita ada Yuna tau. Wow!

Sempena Akisama Raya Open House ni juga, diorang akan bawakan artis terkenal antarabangsa dan juga tanah air. Best nya!

Bukan itu sahaja, ada pelbagai hadiah menarik ditawarkan, antaranya ialah sebuah Perodua Bezza serta barangan elektronik jenama terkenal untuk dimenangi. Tapi nak menang hadiah ni ada syarat dia.

Korang kena sign surat perjanjian jual beli dan juga bayar deposit untuk membeli rumah kat situ dulu. Barulah korang layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan.

So, korang yang tengah cari rumah tu jomlah ke RC Residences Sales Gallery untuk memliki rumah idaman korang pada harga yang berpatutan.

Sampul duit raya limited edition untuk dimiliki.

Eah kejap… next week kan dah nak raya.. Kalau korang pergi ke RC Residences Gallery ni, korang akan dapat sampul duit raya eksklusif tau daripada Akisama Group.

Korang just tunjuk je article ni pada wakil dekat pusat gallery tu, nanti korang akan dapat sampul duit raya macam gambar kat atas ni. Menarik kan?

Tapi sampul duit raya ni hanya terhad pada 500 orang pengunjung utama yang datang sahaja. So, jangan lepaskan peluang korang untuk memiliki sampul duit raya eksklusif ni.

Haa… Before tu korang kena layan TVC ni dulu, barulah korang lebih bersemangat nak ada rumah sendiri.

Korang tunggu apa lagi? Jom ke RC Residences untuk dapatkan rumah idaman korang sekarang. Jangan lepaskan peluang ni!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×