berita

Teringin Nak Makan Ayam Goreng Pedas Ala Kyochon? Buat Sendiri Je, Follow Resipi Ini!

April 16th, 2019 | by Azizi Rahman
MyResipi

Ayam goreng boleh dikatakan sebagai menu wajib kegemaran ramai kerana ianya mudah, cepat dan lazat. Antara menu kegemaran ramai pada ketika ini ialah kepak ayam buldak atau lebih dikenali dengan kepak ayam goreng Korea. Bul dalam Bahasa Korea bermaksud pedas berapi dan Dak pula bermaksud ayam.

Kali ini, menerusi Facebook Mama G Food Industries kami akan kongsikan kepada anda resepi masakan kepak ayam buldak yang paling mudah untuk anda cuba. Bukan sahaja mudah, tetapi rasanya juga memang sedap untuk dihidangkan. Jom tengok apa bahan-bahannya. Tak sabar nak masak.

Cara penyediaan yang mudah

Pertama sekali, ambil 15 ketul kepak ayam dan potong drummet. Cuci bersih.

Ambil satu kotak susu kecil dan rendam ayam dengan susu segar untuk buang hanyir ayam.

Rendamkan dalam 20 minit.

Selepas itu, tapis susu keluar dan terus masukkan 1 sudu garam, 1/2 sudu black pepper, dan 1 sudu serbuk bawang putih.

Gaul rata dan perapkan sekurang kurangnya satu jam.

Rahsia ayam goreng rangup di luar, lembut di dalam

Ok inilah rahsia ayam goreng yang super rangup diluar, lembut di dalam. Campurkan 1 cawan tepung ubi kayu (tapioca starch) + 1 cawan tepung beras. Hasil gabungan kedua tepung ini akan memberikan ayam yang sangat rangup!

Ps: Tak perlu tambah garam dalam tepung sebab kita nak salut ayam dengan sos pedas nanti.

Satu persatu amik ayam dan salut nipis dengan tepung. Jangan buat double coating tak sedap banyak tepung.

Haaa gini dah ok dah.

Ok settle salut semua, jom goreng!

Goreng pada minyak sederhana panas

Gorengkan pada minyak sederhana panas. Fuh baunya time ni, semerbak!

Itu diaaa. Nak tau ayam crispy ke tak, try langgarkan ayam tu antara satu sama lain, ada efek bunyi crunchy nanti.

Campakkan ke dalam periuk. Ok jom salutkan dengan sos pedas!

Salut dengan sos pedas

Beruskan pada ayam dengan teknik calit calit sedikit. Jangan gaul sos dengan ayam sebab nanti ayam akan banyak tertekan dan itu akan mengurangkan kerangupan ayam. Ayam goreng Buldak adalah rangup dan tidak berkuah. Jangan sapu terlampau banyak.

Susun atas bekas beralas baking paper dan taburkan bijan sikit! Siap. Rangup & Pedas gila beb!!

Sumber: Mama G Food Industries

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×