Sekadar gambar hiasan
Seorang kanak-kanak patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah pangsa di Jalan Garuda, Johor Bahru.
Artikel berkaitan : Kepala Kanak-Kanak 6 Tahun Tersepit Kerusi Di Tadika
Artikel berkaitan : Pelakon Syazlin Zainal Maut Terjatuh Tingkat 22 Pangsapuri
Artikel berkaitan : Sempat Ambil ‘Selfie’ Sebelum Tergelincir, Gadis Maut Terjatuh Bangunan Tinggi 12 Meter
Terjatuh tingkat 11
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung seorang kanak-kanak berusia 12 tahun terjatuh dari sebuah rumah pangsa pada pukul 7.31 malam.
Susulan daripada itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Zulkarnain Ariffin bergegas ke tempat kejadian.
Kanak-kanak lelaki didapati tersangkut di bumbung kedai di tingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 bangunan terbabit.
Anggota kemudian membawa mangsa turun dan dia yang patah tangan kiri diberi rawatan awal sebelum dihantar Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi menerima rawatan.
Difahamkan, operasi menyelamatkan mangsa tamat pada jam 8.05 malam.
Sumber : Harian Metro