berita

Terjun Dari Platform 5 Meter – Ini Pengalaman Kami Ke Program Team Building Di Tadom Hill Resorts. Tak Boleh Move On!

September 17th, 2019 | by Hanis Aliaa
Travelogue

Bekerja dalam organisasi ni penting untuk ada kesefahaman dan skill bekerja dalam kumpulan. Barulah produktif dan kita pun happy je nak kerja. Sebab tu, kebanyakkan majikan akan organise team building ataupun retreat untuk jaga moral pekerja.

Team OHBULAN! pun sebenarnya baru je balik dari team building. Maklumlah, dah penat kerja nak la ambil time off sambil-sambil bonding dengan teammates yang lain. Sesi kali ni memang onz wei! Jom usha apa yang best sangat waktu team building kami tu.

Feeling duduk hostel macam zaman belajar.

Lokasi team building dan penginapan team OHBULAN! ditaja oleh Tadom Hill Resorts. Sampai je kat sana, kami terus dapat check in di Hakka Village yang berkonsepkan ala-ala dorm gitu. Walaupun konsep macam asrama, biliknya tetap selesa. Siap ada aircond tau! Setiap bilik boleh memuatkan 4 hingga 7 orang.

This slideshow requires JavaScript.

Dah nama pun asrama, tandas mestilah sharing basis tapi asinglah lelaki dan perempuan. Bilik dia serious besar dan sangat comfy. Senang citer, penginapan kami memang selesalah kat sini.

Seronok habis wei, hilang stress!

Kredit : Outzones Adventure

Sebelum sesi bermula, kami diberi taklimat keselamatan oleh trainer dari Outzones Adventure. Sesi ice breaking memang  syok habis! Games yang disediakan memang menguji kami dari segi fokus dan kepantasan. Paling tak tahan siap ada denda tau. 

Semua aktiviti ni nampak simple tapi ada input berguna untuk kami seperti untuk lebih fokus dan ambil tindakan yang betul dengan cepat. Kami kemudiannya dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil untuk aktiviti seterusnya.

Tugasan seterusnya secara berkumpulan. Seorang wakil kena tengok binaan yang dah siap dan perlu sampaikan maklumat kepada ahli kumpulan yang lain untuk tiru binaan yang sama. Tapi, tak boleh secara lisan. Bayangkan betapa susahnya nak communicate wei. Cacamarba jadinya!

Cabar diri terjun dari platform setinggi 5 meter.

Kredit : Outzones Adventure

Untuk aktiviti petang kami berpeluang untuk terjun ke dalam tasik. Waktu ni kami lebih kenal rakan sekerja. Mana yang takut air, takut tinggi dan dapat tahu kisah disebalik trauma masing-masing.

Awal-awal turun tasik memang tak dinafikan ramai jugak yang cuak. Tapi bila selesai je sesi water confident, semua dah ready nak beraksi dalam air. Gitu!

Bamboo Rafting

Bamboo Platform

Serious syok wei! Part nak terjun dari platform tu semua cuak nak-nak bila dah sampai kat hujung tu. Ada yang awalnya tak takut, bila sampai hujung platform jadi gelabah macam tak nak terjun. Tapi, bila dah terjun tu rasa puas dan bangga sangat dengan diri sendiri.

Siap ada Bamboo Sharing Session tau!

Team OHBULAN! bertuah sebab sesi perkongsian ni disampaikan sendiri oleh pemilik Tadom Hill Resorts iaitu Datuk Lai. Banyak input yang kami dapat mengenai Tadom dan buluh.

Semasa sesi ni, kami diterangkan dengan lebih mendalam mengenai buluh. Banyak sebenarnya kegunaan buluh ni selain buat lemang. Buat jadi penghalau serangga pun boleh tau!

Kredit : Tadom Hill Resorts

Kalau korang dengar sendiri sesi ni, mesti rasa balik rumah nak tanam buluh je.

Makan pun bukan biashe-biashe!

Kredit : Outzones Adventure

Sepanjang 2 hari 1 malam kat sini, makanan kami disediakan oleh THR Cafe & Garden Bistro Cafe Tadom Hill Resorts. Dari minum pagi sampai ke sarapan esok paginya. Menu dia pun onz wei. Bertambah dua tiga kali jugak la sebab lapar dan sedap punya pasal.

Kredit : THR Cafe & Garden Bistro Cafe Tadom Hill Resorts

Kalau korang ada planning nak ke sini, tak payah risau bab makan sebab memang ada kafe. Pilihan makanan pun banyak tau!

All for one and one for all!

Tak dinafikan team building OHBULAN! dah buat bonding sesama kami makin erat. Dan dalam masa yang sama rasa semua stress dan penat kat office tu hilang. Selain tu, kami dapat belajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik, menggunakan setiap kelebihan yang semua ada dan bekerjasama untuk capai misi kami.

Banyak lagi sebenarnya momen-momen best kami sewaktu team building. Tapi, biarlah kami simpan sebagai kenangan manis yang abadi. Cewah! So, kalau korang ada planning nak buat team building elok segerakan. Banyak impak positif yang boleh team korang dapat tau!

The following two tabs change content below.