berita

Terjunan Sempurna Setiap Pusingan, Kenali Atlet Olimpik China Berusia 14 Tahun Yang Bikin Ramai Tergamam

August 5th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Acara akhir terjun papan anjal bagi kategori 10 meter wanita telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Akuatik Tokyo hari ini dengan menyaksikan terjunan daripada 12 peserta. Lebih menarik lagi, terjunan atlet dari negara China iaitu Quan Hong Chan telah mencuri perhatian ramai dengan markah tinggi yang diperolehinya. Siapakah sebenarnya atlet terjun China ini?

Atlet paling muda

Sumber foto: CNA

Dalam acara terjun papan anjal 10 meter wanita tadi, dua orang atlet mewakili negara China iaitu Quan Hong Chan dan Yuxi Chen telah mendominasi kedudukan teratas acara itu. Masing-masing membuahkan pingat Emas dan Perak buat China hari ini dengan pungutan markah sebanyak 466.20 dan 425.40.

Quan Hong Chan baru sahaja berusia 14 tahun telah berjaya melayakkan dirinya ke peringkat akhir sukan Olimpik Tokyo 2020. Atlet ini dilahirkan pada 28 Mac 2007 dan dia merupakan atlet paling termuda yang dihantar mewakili negara China ini. Atlet berfizikal kecil ini merupakan salah seorang pelajar harapan Sekolah Sukan Zhanjiang dan telah dilatih bagi mewakili negara di persada dunia.

Sertai sukan sejak usia 7 tahun

Sumber foto: yqqlm

Memetik perkongsian portal yqqlm, atlet berusia 14 tahun ini telah menceburi bidang sukan papan anjal sejak usia 7 tahun lagi pada tahun 2014. Dia telah dilatih dengan cukup baik oleh jurulatih Chen Huaming dan Guo Yi ketika bersekolah di sana.

Pada Mac 2018, Quan Hong Chan telah mewakili sekolahnya dalam sukan tersebut di pertandingan 15th Guangdong Provincial Games. Dia berjaya mendapat tempat kedua bagi acara berpasangan manakala di tempat ketiga untuk acara individu.

Pada tahun yang sama, dia turut menyertai dan memenangi tiga kategori di pertandingan Guangdong Diving Championship. Pada tahun berikutnya, dia telah menyertai perlawanan di Guangdong Diving Championship dan memenangi lima kategori.

Menurut jurulatih di Sekolah Sukan Zhanjiang yang dikenali sebagai Chen Huaming, pelajar berusia 14 tahun itu disifatkan mempunyai karakter yang kuat dan berani. Malah, dia juga mempunyai semangat yang membara setiap kali menjalani latihan di kelas.

Quan Hong Chan seorang yang kuat dan mempunyai daya luar biasa. Dari keperibadiannya, dia agresif dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Difahamkan, atlet 14 tahun ini merupakan anak petani yang dibesarkan di sebuah kawasan perkampungan. Malah, ibunya juga sedang sakit dan memerlukan kos perubatan yang tinggi untuk menyembuhkannya. Jadi, faktor kesusahan ini membuatkan dia nekad untuk cekal dan terus bersemangat demi membantu keluarganya yang kesusahan.

Pada acara akhir sukan papan anjal kategori 10 meter wanita telah berakhir dengan menyaksikan atlet negara kita Pandelela Rinong hanya memungut 245.85 mata di tempat ke-12.

Sumber: yqqlm

SKIP THIS AD ×