berita

Terkandas Di Krabi, Perlu Bayar Pampasan RM200,000. Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh Warga Thailand Ini.. Baiknya

January 3rd, 2019 | by Ash Nordin
Kini Trending

Semalam tular kisah mengenai seorang rakyat Malaysia terkandas di Krabi, Thailand selepas motosikal ditunggang bersama isterinya terbabit dalam kemalangan ketika bercuti di pusat peranginan berkenaan, sehingga menyebabkan seorang warga Thailand maut. Lebih malang lagi, mereka perlu membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada keluarga terbabit.

Tetapi muncul seorang lelaki warga Thailand menghulurkan bantuan sehingga sanggup mencagarkan geran tanahnya bagi membolehkan rakyat Malaysia bernama Abd Wahab Yahaya, 56, diikat jamin.

Mula kenal ketika makan malam di kedai milik lelaki berkenaan

Ketika rakyat Malaysia alami kecederaan, terkandas di negara orang serta memerlukan bantuan, muncul seorang warga Thailand yang baik hati menghulurkan bantuan supaya Abd Wahab diikat jamin.

Difahamkan mengikut undang-undang di negara Thailand, pesalah warga asing harus membayar ikat jamin selain perlu ada jaminan orang tempatan, iaitu dengan mencagarkan geran tanah atau rumah bagi memastikan individu yang ditahan tidak keluar dari negara itu.

Keluarga Abd Wahab, mula mengenali lelaki (warga Thailand yang membantu mereka) pada 18 Disember lalu ketika menjamu selera di restoran milik lelaki berkenaan, malam sebelum kemalangan berlaku.

Menurut Amirun Abd Wahab, anak kepada Abd Wahab berkata dia bersama seorang adik dan ibu bapanya makan di restoran dan sempat berborak bersama lelaki Melayu yang berasal dari Patani itu.

Pada malam berikutnya bapa terbabit dalam kemalangan, kemudian pada 27 Disember bapa pergi ke balai polis berhampiran, namun anggota polis meminta bapa untuk menyediakan seorang penterjemah.

Bagaimanapun, penterjemah yang biasa kami gunakan khidmatnya tidak dapat hadir, sebelum bapa meminta untuk berjumpa dengan Haji Ismail. Lelaki itu bersetuju dan menemani bapa ke balai polis seterusnya dibawa ke mahkamah.

Bersyukur bapa dibantu oleh lelaki berhati mulia, walaupun tiada pertalian darah

Tambah Amirun, ketika di mahkamah, bapanya diarahkan untuk membayar ikat jamin sebanyak 120,000 bath (RM15,379). Walaubagaimanapun, syarat untuk dibebaskan memerlukan seorang warga tempatan meletakkan geran tanah atau rumah sebagai cagaran untuk memastikan bapanya melangsaikan pampasan kepada keluarga yang meninggal dunia sebelum meninggalkan negara berkenaan.

Pada awalnya Haji Ismail tidak mengetahui perkara itu kerana hanya menemani bapa ke mahkamah sebagai penterjemah bahasa, namun dia kemudiannya bersetuju untuk mencagarkan geran tanahnya sebelum dia ke pejabat kerajaan di sebelah bangunan mahkamah.

Ketika urusan mendapatkan geran dan menyerahkan borang ikat jamin diselesaikan, bapa ditempatkan di lokap. Sebaik selesai proses ikat jamin dan cagaran geran tanah milik haji itu, bapa dilepaskan kira-kira jam 4.30 petang.

Dalam pada itu, Amirun mengucapkan terima kasih serta bersyukur kerana masih ada indivitu berhati mulia seperti Haji Ismail sanggup membantu keluarganya biarpun mereka tidak pernah berjumpa serta mengenali antara satu sama lain sebelum ini.

Tanah milik Haji Ismail berisiko untuk ditarik kerajaan Thailand sekiranya kami tidak dapat membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

Jumlah pampasan akan ditentukan ketika perbicaraan di mahkamah pada 9 Januari depan, namun sehingga kini kami difahamkan keluarga berkenaan menuntut sebanyak RM200,000.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×