berita

Terkejut Jumpa Mata Kail Dalam Kari Kepala Ikan, Restoran Bagi Diskaun 60 Sen Sebagai Pampasan

June 28th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seram dan menakutkan! Itulah yang sesuai digambarkan situasi yang berlaku oleh seorang wanita di mana dia mendakwa menjumpai objek tajam dalam kari kepala ikan yang dimakan olehnya.

Terjumpa mata kail dalam makanan

Menurut wanita terbabit, perkara tersebut merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya memakan kari kepala ikan bersama keluarganya apabila dia menjumpai mata kail di dalam lauk terbabit.

Terkejut melihat objek berkenaan ada di atas pinggan makannya, wanita terbabit terus memanggil pengurus restoran untuk melaporkan perkara terbabit. Walau bagaimanapun, respon yang diterima olehnya adalah mengejutkan.

Maaf yang tu salah supplier.

Bagi diskaun 60 sen sebagai pampasan

Difahamkan, sebelum dia memanggil pengurus restoran, salah seorang pelayan mengatakan bahawa ia adalah kesilapan daripada pekerja dapur. Namun apabila memberitahu pengurus, dia menyalahkan pengedar barang mentah pula.

Mula-mula kata salah pekerja dapur lepas tu kata salah pengedar pula. Nasib ayah saya tak tercekik makan mata kail tu, macam mana lah kau dihidangkan dekat pelanggan lain.

Walau bagaimanapun, pengurus terbabit meminta maaf kepada wanita berkenaan dengan apa yang sudah terjadi dan sebagai pampasan, pihak restoran memberi diskaun sebanyak 60 sen sahaja kerana ia adalah salah pengedar.

Sumber : Sin Chew

SKIP THIS AD ×