berita

Terkejut Lipas Terbang, Shaheizy Sam Nyaris Sembur Anak!

April 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini, posting pelakon Shaheizy Sam mencuri perhatian pengikutnya di Instagram dia dilihat kelam kabut mengelak terkena lipas.

Terkejut nampak lipas terbang

Menerusi video itu, Sam sedang memegang botol semburan racun serangga mencari di mana lipas itu berada. Akibat terkejut, Sam menyembur racun serangga itu rambang sehingga dikatakan terkena anaknya yang berada di sisi.

Rata-rata simpati dengan ‘nasib’ yang menimpa anak Sam dan berharap tiada kecederaan serius yang berlaku.

Tengah-tengah malam si khinzir ni terbang buat hal lah.

‘Lipas yang nakal’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

‘Dengan budak tu sekali kau sembur bang’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen risau mengenai keadaan anak Sam kerana takut spray berkenaan terkena mata dan ada juga sesetengah netizen yang terhibur melihat gelagat dua beranak ini.

Sumber : shaheizy_sam

SKIP THIS AD ×