Kehilangan insan tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan satu momen yang sangat pedih dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Itu lah perasaan yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak kecil ini apabila merindui arwah ibu tersayang sehingga sanggup pergi ke kubur arwah pada waktu malam.
Rindu arwah mama
Berdasarkan perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Syaffiq S.Salleh menceritakan pengalamannya apabila dipertemukan dengan beberapa orang kanak-kanak di kawasan perkuburan. Kisah itu bermula apabila Syaffiq bersama beberapa individu lain berada di sebuah kedai berdekatan dengan kawasan perkuburan itu.
Nampak kelibat budak-budak tengah main kat pagar kubur, dengan lampu suluh kecik. Lampu telefon. Cepat-cepat la aku pergi tengok takut ada apa-apa pulak. Tengok budak kecik 3 orang.
Mereka kemudian terlihat sosok tubuh tiga orang kanak-kanak di kawasan kubur yang gelap dengan cahaya lampu yang samar-samar. Syaffiq kemudian mendekati kanak-kanak terbabit dan bertanya mengapa mereka datang ke kubur pada waktu malam begini. Tetapi alangkah terkejutnya apabila kanak-kanak itu menjawab mereka terlalu merindui arwah ibu yang dipercayai baru sahaja meninggal dunia.
Lebih kurang 12 tahun, 8-9 tahun, lepas tu dalam sorang lagi 5-6 tahun kot. “Awok wat apa sini dik?”
“Saya nak pergi tengok kubur mama saya, saya rindu mama saya”, dia jawab. Terkejut dengar. Kubur gelap, jalan ke kubur gelap, hutan kiri kanan. Budak kecik berjalan kaki mari, berani masuk dalam kawasan kubur yg gelap tu. Bayangkan la perasaan rindu dia tu sampai tak rasa takut pun. Terlalu rindu.
‘Kakak minta maaf’
Lepas tu, dalam gelap 3 adik beradik ni berjalan nak pergi ke kubur mama dia, sementara pak sedara buka lampu. Sampai situ dia duduk, usap tanah yang masih basah lagi “Mama kakak mintak maaf mama, kakak rindu mama,” macam-macam la luahan dia. Ya Allah sebak. Arwah mama dia mati selepas 4 hari bersalin anak ke-3. Kebumi subuh tadi kalau tak silap.
Malam ni ada tahlil di rumah arwah, jadi orang-orang dewasa tak boleh nak hantar la mereka ni minta nak pergi kubur. Rumah tu dalam 300-400 meter dari kubur. Tapi suasana gelap sungguh la. Betapa tekadnya kakak ni nak jumpa mama dia, nak luah, nak bercakap, nak cakap rindu. InshaaAllah pakat sedekahkn al-fatihah dan doa kepada arwah. Allahummaghfirghlaha warhamha waafiha wa’fuanha.
Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak terbabit juga dikatakan mengusap tanah kubur arwah sambil meluahkan rasa rindu. Difahamkan, arwah dipercayai meninggal dunia empat hari selepas melahirkan anak ketiganya.
Tambah Syaffiq lagi, kesemua kanak-kanak itu dikatakan ‘telah curi-curi’ keluar dari rumah mereka untuk ke kubur tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain. Menurutnya, ahli keluarga sedang sibuk menguruskan majlis tahlil yang akan berlangsung pada malam itu.
Sumber: Syaffiq S.Salleh