berita

[TERKINI] Subsidi Petrol RON95 Sebanyak 30 Sen Per Liter & Terhad Setiap Bulan

November 2nd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sebentar tadi berlangsungnya Pembentangan Belanjawan 2019 dan ini merupakan belanjawan julung kali di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Perdana Meneri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi mandat kepada Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng untuk membentangkan bajet bagi tahun 2019.

Antara pembentangan yang ditekankan YB Lim Guan Eng adalah mengenai subsidi petrol bersasar kepada kenderaan berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Subsidi minyak

Dalam pembentangan itu, Menteri Kewangan ini mengutarakan bajet mengenai subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter dan ianya adalah terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

Manakala, subsidi minyak secara bersasar kepada individu yang memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Sumber: BH Online, Metro

SKIP THIS AD ×