berita

Terlampau Obses Mahu Kelihatan Seperti Angelina Jolie Dalam Filem ‘Maleficient, Wanita Ubah Wajah Jadi Pontianak

February 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara terlampau obses mahu kelihatan seperti Angelina Jolie dalam filem ‘Maleficient’, seorang ahli bina badan wanita di New York, sanggup mengubah struktur tulang pipi dan bertaring seperti pontianak.

Menerusi laporan Mirror, wanita yang dikenali sebagai Sara Holda ini telah membelanjakan 400 dolar Amerika Syarikat iaitu sebanyak RM1,615 bagi menambah gigi taring tersebut sebagai hadiah Hari Krismas pada 2009.

Dalam proses melakukan pembedahan plastik

Menurut Sara, dia kini dalam proses untuk melakukan pembedahan plastik supaya payudaranya lebih besar dan tulang pipinya akan lebih kelihatan.

Saya mahu pipi lebih berstruktur seperti Angelina Jolie dalam Maleficient, dia kelihatan sangat cantik. Ketika ke gimnasium pada 2010 dan melihat seorang lelaki mengangkat berat, saya bertekad mahu mendapatkan bentuk badan seperti ahli bina badan. Jadi saya bertanya kepada mereka sekiranya boleh mengajar saya melakukannya. Selepas melihat perubahan badan dalam sebulan, saya sangat ketagih melakukannya lagi.

Tambahnya, dia turut melakukan suntikan botox di dahi dan pipinya untuk kelihatan lebih muda sejak enam tahun yang lalu. Ujarnya lagi, sejak kecil dia sangat menyukai watak superhero seperti X-Men terutamanya Mystique yang berubah bentuk dan filem pontianak seperti Blade.

Sumber: Mirror

SKIP THIS AD ×