berita

Terlepas Beli Tiket Konsert Taylor Swift? Jom Rebut Pas Meet & Greet Dengan Hotlink Red App!

June 4th, 2014 | by Ai
Shout Out!

Screen-Shot-2014-06-02-at-4.34.44-PM

Untung sungguh jadi popular macam Taylor Swift. Bukan saja sedang mengelilingi dunia untuk konsert jelajahnya yang terbesar, malah penyanyi cantik ini turut menerima pelbagai tajaan termasuk kapal terbang yang direka mengikut konsep jelajahnya.

Pesawat Airbus A320 akan menjadi pengangkutan rasmi yang bakal menerbangkan Taylor Swift dan krunya ke Malaysia sempena konsert jelajah The Red Tour pada bulan ini.

Dan semestinya sekarang ini ramai antara anda yang tak sabar untuk melihat Taylor Swift menyanyi secara langsung di Kuala Lumpur nanti. Sebelum itu, pastikan tiket dah beli siap-siap, okay?

Screen Shot 2014-06-02 at 4.36.55 PM

Tapi bagi yang teringin untuk menjadi salah seorang Swifties di konsert berkenaan namun tak berkesempatan untuk membeli tiket dan pas Meet & Greet, jangan risau kerana anda berpeluang memenangi tiket bernilai RM725 daripada Hotlink.

Macam mana? Senang sahaja, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Hotlink Red App ke telefon pintar kemudian tunggu sehingga menerima mesej untuk menebus tiket berkenaan. Ingat ya, siapa cepat dia yang dapat!

Screen Shot 2014-06-02 at 4.36.21 PM

Kalau tak bernasib baik juga, anda masih boleh memenangi tiket dan barangan eksklusif yang telah ditandatangani sewaktu sesi Taylor Swift Ultimate Fan Challenge pada 7 Jun 2014 jam 10 pagi hingga 3 petang di The Square, Publika.

Konsert The Red Tour di Malaysia akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 11 Jun nanti. Manakala persembahan di Indonesia pula dijadualkan lebih awal iaitu pada 4 Jun, Manila pada 6 Jun dan Singapura pada 9 dan 12 Jun 2014.

Sementara itu, apa kata anda tengok balik muzik video Red oleh Taylor Swift di bawah ni. Jangan lupa pula hafal semua lirik lagu supaya boleh menyanyi bersama-sama sewaktu konsert nanti.

http://www.youtube.com/watch?v=P6tEOmxy1ns

SKIP THIS AD ×