berita

Terlupa Tinggal Anak 5 Jam Di Luar Rumah, Bayi 7 Bulan Disahkan Meninggal Dunia Akibat Kesejukan

January 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Russia, seorang bayi lelaki berusia 7 bulan ditemui mati akibat kesejukan selepas ditinggalkan ibunya di luar balkoni rumah mereka selama 5 jam. Ibu mangsa yang berusia 40 tahun itu mendakwa dia berbuat demikian kerana mahu anaknya itu tidur dengan udara yang segar.

Tinggal anak 5 jam di luar rumah

Menurut seorang pegawai yang bertugas dalam mengendalikan kes berkenaan berkata, bayi yang berusia 7 bulan itu dikatakan ditinggalkan ibunya di dalam kereta bayi dan terdedah kepada suhu -20 darjah celsius selama 5 jam. Tambahnya lagi, ibu bapa bayi tersebut bertindak begitu supaya anak mereka dapat tidur dengan udara yang segar.

Menerusi laporan Daily Mail, ibu bayi berkenaan mendakwa dia sengaja meninggalkan anaknya tidur di balkoni rumah tersebut dengan niat akan mengambilnya kembali selepas beberapa minit. Tetapi lain pula yang jadinya apabila ibu mangsa mendakwa bahawa dia terlupa akan tindakannya meninggalkan bayi tersebut di luar rumah dan hanya ingat selepas 5 jam kemudian.

Meninggal akibat hiportemia

Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, wanita tersebut segera mendapatkan anaknya dan mendapati mangsa langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia masih bernyawa. Susulan itu, media Russia memaklumkan bahawa bayi tersebut disahkan meninggal dunia akibat hipotermia.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan walau bagaimanapun telah membuat pemeriksaan di lokasi kejadian bagi mengenalpasti punca sebenar yang menjurus kepada kematian bayi berkenaan.

Susulan itu, BBC turut memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan di rantau itu menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil di luar rumah tanpa pengawasan.

Sumber: Daily Mail, BBC

SKIP THIS AD ×