berita

Terma & Syarat Pertandingan

October 4th, 2018 | by Noraniza
#watsonsmti

Berikut merupakan Terma & Syarat pertandingan Watsons Malaysia’s Top Influencer #watsonsmti:

1. Penganjur

Ohbulan, Says Seismik, Vocket, Rev Asia Berhad (Says, Rojaklah, Sirap Limau,, TanTan News) & Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd

2. Stesyen

Platform Media Sosial

3. Nama Pertandingan

Watsons Malaysia’s Top Influencer

4. Program Maklumat Ringkas Pertandingan

Pertandingan Pencarian Influencer yang bakal menghadiahkan wang tunai sebanyak RM 10 000, menjadi Watsons Digital Influencer selama 12 bulan dan muncul di dalam video Ohbulan!, Says Seismik dan Vocket.

5. Langkah – langkah Pertandingan

Peringkat 1: Penyertaan

1) Ambil gambar mengikut cabaran yang akan diberikan oleh pengacara.
2) Muat naik gambar tersebut ke akaun Instagram anda beserta hashtag #WatsonsMTI dan lengkap kapsyen berikut “Saya ingin menjadi Watsons Malaysia’s Top Influencer kerana…” mulai dari 4 Oktober 2018 sehingga 8 Oktober 2018 dan harus mention akaun Instagram @ohbulanofficial dan @watsonmy. Pastikan akaun Instagram anda berada dalam tetapan “publik”.
3) Tunggu panggilan kami! Video peserta yang layak ke peringkat seterusnya akan di muat naik oleh Ohbulan! di akaun Facebook mereka. Sebanyak 50 orang peserta yang layak ke episod atau cabaran seterusnya. Peserta akan di hubungi oleh pihak Ohbulan mulai 9 Oktober 2018

Peringkat 2: Cabaran Berperingkat dan Acara Kemuncak

1) 50 peserta akan ke cabaran seterusnya yang akan diberi oleh pengacara bermula daripada 11 October 2018 sehingga 24 November 2018, ada 6 episod keseluruhannya dan tambahan episod bonus.

2) Peserta akan disingkirkan di dalam setiap episod.

· Episod1: terbuka kepada awam

· Episod 2: top 50

· Episod 3: top 25

· Episod 4: top 12

· Episod 5: top 6

· Episod 6: top 3 (finalis)

3) Pemenang akan dipilih oleh juri dan diumumkan pada 24 November 2018.
4) Seramai 3 orang finalis yang akan diumumkan di acara “Watsons Malaysia’s Top Influencer” yang akan berlangsung pada 24 November 2018. Seorang peserta akan dinobatkan sebagai juara Watson Malaysia’s Top Influencer pada acara tertutup ini.
5) Juara Watsons Malaysia’s Top Influencer, bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM xx, xxx dan akan menjadi Watsons digital influencer selama xx bulan dan menerima baucar daripada Watsons. Peserta juga berpeluang untuk muncul di dalam video media digital platfom terbesar di Malaysia, seperti, Ohbulan!, Says Seismik dan Vocket.
6) Peserta akhir yang lain bakal membawa pulang token penghargaan daripada pihak penganjur dan penaja.

6. Kriteria dan Syarat Kelayakan

1) Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sama ada bujang ataupun kahwin.

2) Terbuka kepada lelaki dan wanita.

3) Harus mengikuti akaun Instagram @ohbulanofficial dan @watsonmy tujuan untuk mendapat info terkini tentang pertandingan dan cabaran.

4) Harus memastikan akaun Instagram berada di tetapan “public”

5) Harus menandatangani persetujuan/perjanjian untuk tidak melakukan “boost post/buy ads” di setiap posting peserta. Jika didapati peserta melanggar persetujuan ini, pihak penganjur berhak menyingkirkan serta merta peserta daripada mengikuti pertandingan.

6) Segalanya tertakluk kepada terma dan syarat.

7. Individu Tidak Layak

Individu-individu di dalam kategori berikut adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini: –

a) Pekerja/Kontraktor/Vendor di bawah Penganjur, penaja pertandingan, Rev Asia Berhad termasuk *ahli keluarga terdekat mereka.

*ahli keluarga terdekat merangkumi pasangan, anak-anak, ibu-bapa serta adik-beradik.

8. Had Kelayakan Umur

Berumur 18 tahun ke atas

9. Bayaran

Tiada bayaran penyertaan dikenakan

10. Tarikh Pertandingan

4 Oktober 2018 sehingga 24 November 2018

• Peringkat 1 (Penyertaan)
(4 Oktober 2018 – 8 Oktober 2018)
• Peringkat 2 (Cabaran Berperingkat dan Acara Kemuncak)
(11 Oktober 2018 – 24 November 2019)

11. Bahasa Untuk Pertandingan

Bahasa Malaysia and English

12. Prosedur Penyertaan

Media Sosial (Instagram dan Facebook sahaja)

13. Tarikh Akhir Penerimaan Penyertaan

Oktober 2018

14. Mod

Instagram

15. Hadiah

Wang tunai sebanyak RM 10,000

Kontrak bersama Watsons Digital Influencer selama 12 bulan

Watsons CRM point bernilai RM 20,000

Dipaparkan di billboard Watsons

Produk di rangkaian Watsons bernilai RM 10,000

Kemunculan 5 kali di media digital terbesar di Malaysia

16. Tempoh Tuntutan Hadiah

Akan dimaklumkan oleh pihak penganjur selepas tamat tempoh pertandingan.

17. Tempat Tuntutan Hadiah

Akan dimaklumkan oleh pihak penganjur selepas tamat tempoh pertandingan.

18. Lain – lain Terma dan Syarat

1) Pihak penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu.

2) Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Pertandingan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.

3) Penganjur sama sekali tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi di luar tempoh pertandingan.

4) Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.

Terma dan Syarat Pertandingan adalah tertakluk kepada setiap peserta yang menyertai pertandingan ini. Segala terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Terma dan Syarat Pertandingan adalah muktamad melainkan dinyatakan sebaliknya.

Penyertaan yang dihantar untuk Pertandingan akan diambil kira sebagai penerimaan tanpa prejudis oleh Peserta terhadap Terma dan Syarat.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×