berita

Teroka Khazanah & Realiti Alam Bersama ‘Misi Mat Dan’ Di TV9

June 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pengembara dan pengacara, Muhamed Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan bakal mengendalikan program realiti terbaharu ‘Misi Mat Dan’ yang akan membawa penonton mengembara dan meneroka khazanah alam menarik di Malaysia.

Teroka khazanah alam bersama Mat Dan

Program dokumentari travelogue ini bakal menyajikan kepada para penonton enam misi Mat Dan dalam meninjau ancaman semula jadi yang berlaku di Malaysia. Selain itu, Mat Dan juga sempat berinteraksi dengan penduduk tempatan bagi meneroka peranan mereka dalam membentuk negara ke arah yang lebih baik

Misi pertama Mat Dan ke Taman Negara, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pusat Konservasi Hidupan Liar di Sungkai Perak untuk membincangkan tentang pemburuan haram yang menyebabkan populasi Harimau Malaya yang semakin pupus di negara kita.

Selain itu, gajah juga kehilangan keupayaan untuk meneruskan hidup dan pelbagai masalah lain yang telah mengganggu kestabilan ekosistem alam akibat perbuatan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.

Pelihara khazah negara

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV9 Malaysia (@tv9malaysia)

Mat Dan juga sempat meneroka tempat peranginan Pulau Redang, Terengganu yang turut berhadapan dengan masalah pencemaran sampah sarap sehingga menganggu kehidupan akuatik.

Menurut Puan Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Program & Penyiaran TV9, program dan pengalaman seperti ini merupakan satu pendekatan kepada generasi muda supaya mereka lebih memahami tentang kepentingan laut, sungai dan hutan yang merupakan habitat kepada hidupan liar.

Kami berharap agar program ini dapat memberi inspirasi kepada penonton dan sebagai peringatan bahawa kita juga sebagai rakyat Malaysia dipertanggungjawabkan oleh Pencipta untuk menjaga kelestarian alam ini supaya generasi akan datang dapat hidup dengan sihat dan selamat.

Jika destinasi-destinasi yang kaya dengan keindahan alam ini dapat dijaga dengan baik, ia boleh merangsang sektor pelancongan yang turut menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan kedatangan pelancong dan pelabur dari dalam serta luar negara

‘Misi Mat Dan’ ini bakal bersiaran bermula pada 3 Julai 2023, setiap hari Isnin, pukul 10.00 malam dan strim secara HD melalui www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

SKIP THIS AD ×