Sekadar gambar hiasan
Tak dinafikan, setiap rumah tangga pasti diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Namun, sebagai suami isteri, mereka perlu sabar untuk menempuhi segala ujian yang datang.
Tetapi kali ini lain pula kisah yang dilalui seorang wanita yang mendakwa terpaksa berpisah dengan suami tercinta angkara terkena perbuatan sihir individu tidak berhati perut.
Terkena sihir pemisah?
Sekadar gambar hiasan
Kisah tersebut diceritakan menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok. Wanita ini menyifatkan suaminya seorang yang sangat baik dan memahami. Namun siapa sangka, rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun terputus di tengah jalan dipercayai angkara sihir pemisah. Wanita ini mendakwa ada individu cemburu melihat kebahagiaannya bersama suami.
Orang lain bercerai sebab tak bahagia tapi aku, terlampau bahagia. Suami terlalu baik, terlalu bahagia sampai orang cemburu dan hantar sihir pemisah.
Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mendakwa badannya sering sakit disebabkan sihir meskipun pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah pergi berubat. Tetapi kini, dia sudah tidak mampu bertahan dan memilih untuk mengudur diri dengan berpisah dengan suami tercinta. Wanita ini turut berkongsi rakaman di Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk proses perceraian.
Tapi lagi sakit dihari ini bila terpaksa bercerai dan berpisah dengan orang yang kita sangat-sangat sayang. Susah dan senang, perit jerih hidup dari susah dulu hanya makan nasi berlaukkan bilis. Aku bisa bertahan disisinya hingga dia senang. Tapi angkara sihir, aku mengalah.
Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 1.2 juta tontonan dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib malang yang menimpa pasangan ini. Ada di antara mereka menitipkan doa agar pasangan ini diberi kekuatan menempuhi ujian dan berharap agar pasangan ini akan bersatu kembali.
Sumber: TikTok