berita

Terpaksa ‘Czer’ Kandungan 29 Minggu Sebab Air Ketuban Kering, Ibu Reda Anak Pergi – ‘Sempat Genggam Jari Ibu’

March 2nd, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Ibu mana yang tidak sedih jika anak yang dikandung pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi jika si ibu belum pun sempat untuk mencurahkan kasih sayang, anak kecil disahkan meninggal dunia.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang bernama Aina Rusli apabila bayi yang dikandung selama 29 minggu itu meninggal dunia disebabkan air ketuban di dalam rahimnya sudah kering.

Air ketuban kering

Sekadar gambar hiasan

Menerusi kisah yang dikongsikan oleh Aina di Facebook, sejak kandungan memasuki usia 21 minggu, doktor mengesahkan bahawa air ketuban dalam tubuhnya kering sehingga berada pada tahap bahaya.

Oleh kerana usia kandungan terlalu awal, doktor menyarankan agar wanita berkenaan menggugurkan kandungannya itu. Namun, dengan izin-Nya bayi yang diberi nama Ayyash itu hanya mampu bertahan selama 29 minggu sahaja.

1 Mac 2022 tarikh keramat buat ibu, Sepatutnya Ayyash dilahirkan, Namun, Allah sebaik-baik perancang. Pada usia kandungan 29 minggu Ayyash lahir kerana ibu mengalami komplikasi dari usia kandungan 21 minggu lagi. Kuat anak ibu, Ayyash.

2 bulan ibu di tahan di dalam wad kerana takut keguguran. Namun Allah lebih mengetahui. Ayyash tersangat lah kuat sehingga mampu bertahan sehingga 29 minggu.

Walau bagaimanapun, ketika usia kandungannya mencecah 29 minggu, si ibu mula mengalami contraction dan tanda-tanda hendak bersalin. Ketika bersalin dengan kaedah Ceaser, dia tidak berpeluang untuk mendengar suara anaknya kerana terpaksa dibiuskan sehingga tidur.

Ibu terpaksa dibius tidur dan di ceaser kerana epidural tidak berkesan pada ibu dan kedudukan Ayyash yang songsang pada ketika itu. Selepas melahirkan ibu tak dapat dengar pun suara Ayyash sebab ubat bius masih ada dalam badan.

‘Babah Bagitahu rupa Ayyash macam ibu’

Lebih sebak lagi apabila doktor memberitahu si suami bahawa anaknya itu berada dalam keadaaan lemah walaupun sudah diberikan oksigen sepenuhnya.

Masa on call babah langsung tak cerita keadaan Ayyash. Babah cuma cakap yang rupa Ayyash macam ibu.

Esok tu pakar kanak-kanak nak jumpa ibu. Ibu yang tak tau apa-apa rasa excited nak jumpa anak ibu. Sampai NICU, ibu tak nampak perbezaan anak ibu dengan orang lain sebab Ayyash comel sangat. Ibu datang dekat Ayyash ibu hulur jari ibu, Ayyash genggam walaupun tak erat sebab sendi Ayyash semua dah lemah. Bila ibu cakap dekat Ayyash, sayang ibu datang ni, Ayyash terus senyum dan tahap oksigen Ayyash naik.

Namun, doktor memberitahu bahawa anaknya tidak boleh bertahan lama kerana terlalu lama berada di dalam rahim yang tiada air ketuban sehingga paru-paru bahagian kirinya tidak dapat berkembang.

Susulan daripada itu, doktor memberi pilihan kepadanya untuk meneruskan rawatan CPR jika oksigen anaknya menurun ataupun membiarkan dia pergi dengan tenang. Namun, secara tiba-tiba kadar oksigen anaknya itu jatuh dan doktor terus melakukan rawatan CPR.

Masa ni oksigen Ayyash tiba-tiba drop. Semua doktor datang buat CPR, ibu tengok keadaan Ayyash yang kecil tapi ditekan-tekan sebab nk bagi CPR. Terus luluh hati ibu.

‘Biarlah anak kita pergi dengan tenang’

Apabila suaminya tiba ke NICU, wanita berkenaan memaklumkan kepada doktor agar biarlah anaknya pergi dengan tenang dan akhirnya doktor menghentikan mesin oksigen serta memberi ruang kepada mereka untuk melihat anaknya buat kali yang terakhir.

Bila babah sampai ibu terus cakap biarlah anak kita pergi dengan tenang. Doktor hentikan mesin oksigen dan benarkan ibu dan babah tengok Ayyash pergi.

Allahuakhbar tenang sangat keadaan awak masa tu sayang. Tak ada sikit pun kesakitan yang awak tunjuk. Tepat pukul 11.15 pagi, Allah ambil nyawa Ayyash, anak syurga ibu dan babah. Semoga awak tenang di syurga bersama abang-abang awak ya sayang. Tunggu ibu dan babah di pintu syurga.

Sumber : Aina Rusli

SKIP THIS AD ×