Pelakon Zul Ariffin, 35, berdepan detik cemas apabila terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor, pada Ahad.
Alami tekanan darah tinggi
Ketika dihubungi OhBulan!, pengurus kepada Zul iaitu Afdal Shahizad menyatakan pelakon filem Sangkar itu sedang berehat.
Katanya, pemilik nama Zulkifli Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan di Damansara ekoran masalah tekanan darah tinggi atau hypertension.
Zul mengalami hypertension but all good lepas jumpa doktor. Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah sahaja.
Foto di hospital
Sebelum ini, Zul berkongsi sekeping fotonya terlantar di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanannya di Instagram Stories miliknya.
Sumber: Instagram @zul_ariffin